berita

Tampil Indah Dalam Serba Putih, Datuk Jalaluddin Hassan Sah Bergelar Suami Buat Kali Ketiga

November 12th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Dengan sekali lafaz, Datuk Jalaluddin Hassan selamat bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani dalam majlis pernikahan 10:55 pagi sebentar tadi di Masjid Bandar Tun Hussein Onn dengan mas kahwin, RM300. Majlis serba ringkas penuh makna itu turut dimeriahkan 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat termasuklah rakan artis, Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

Pasangan yang mula menyulam cinta di laman sosial Facebook beberapa bulan lepas telah dinikahkan oleh abang pengantin perempuan sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussen Onn, Mohd Faisal Mohd Noor.

Tampil indah dalam serba putih

Majlis yang dipercayai telah diuruskan oleh anak dan menantu pengacara ‘Who Wants To Be A Millionaire’ itu memperlihatkan pasangan dalam persalinan serba putih tanpa elemen yang keterlaluan. Memandangkan ini merupakan pekahwinan ketiga buat pelakon tersebut, Jalaluddin memilih untuk tidak menerima sebarang tajaan bagi memperingati kenangan bersama arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan.

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan Rapidah telah menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut RM20,000 manakala pihaknya telah menghadiahkan tujuh dulang.

Jalaluddin sebelum ini dilaporkan sedang mengenali hati budi seorang wanita ibu tunggal yang juga merupakan adik kepada sahabat karib pelakon tersebut.

OhBulan! mengucapkan tahniah dan selamat menyusuri alam perkahwinan kepada Datuk Jalaluddin dan pilihan hatinya!

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, Instagram Ashraf Muslim

SKIP THIS AD ×