berita

Tampil Jadi Sukarelawan Covid-19, Belia Dari Sabah Ini Terima Pujian

October 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah mencetuskan kegusaran penduduk. Tidak dinafikan, ramai petugas kesihatan dikerah demi memutuskan rantaian wabak berjangkit ini.

Di Semporna Sabah, sekumpulan anak muda menabur bakti mengambil keputusan untuk menyertai pasukan sukarelawan bagi melakukan aktiviti pembersihan termasuk nyahkuman dan menghantar makanan kepada pesakit. Inisiatif anak muda ini juga dipuji ramai.

Sedia berkhidmat demi daerah tercinta!

Perkongsian ini dikongsikan menerusi pengguna Facebook Muhamad Na’im, memaparkan anak muda Sabah telah melaporkan diri sebagai sukarelawan. Difahamkan, mereka ini akan melakukan khidmat masyarakat seperti menghantar makanan kepada pesakit dan aktiviti berbentuk pembersihan. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai keselamatan termasuk memakai PPE dan pelitup muka.

Para belia Semporna yang sangat berdedikasi telah melaporkan diri di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 untuk menjadi sukarelawan bagi melakukan aktiviti pembersihan, nyahkuman dan penghantaran makanan kepada pesakit. Mereka diberi orientasi keselamatan terutamanya pemakaian PPE yang betul serta kebersihan tangan dan diri bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 kepada petugas sukarela. Untuk makluman pembaca, risiko dijangkiti Covid apabila kita berhadapan dengan pesakit covid (risiko rendah) yang memakai pelitup muka dan apabila petugas memakai PPE lengkap adalah tersangat rendah. Risiko jangkitan adalah tinggi di kawasan kritikal. Contohnya di ruang resusitasi yang memerlukan prosedur menghasilkan aerosol dilaksanakan. Prosedur tersebut termasuklah pemberian nebulizer (pam gas pesakit asma), pemberian oksigen berkelajuan tingga dan intubasi. Risiko jangkitan juga meningkat apabila ada kontak secara rapat dengan pesakit bergejala dan tinggal/bekerja dalam ruangan tertutup yang sempit. Oleh itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, jauhi aktiviti kontak rapat dan kerap membasuh tangan dan mandi untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Terima kasih Belia Semporna

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasmi mengucapkan terima kasih kepada Kelab Belia Tinagayan yang terlibat dalam meringankan beban petugas kesihatan.

Belia Semporna yang sangat berdedikasi telah melaporkan diri di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 untuk menjadi sukarelawan bagi melakukan aktiviti pembersihan, nyahkuman dan penghantaran makanan kepada pesakit. Terima kasih Kelab Belia Tinagayan (KEBAT) kerana mempermudahkan urusan penyeliaan para sukarelawan.

Sumber: KKM, Muhamad Na’im

SKIP THIS AD ×