berita

Tampil Lebih Matang, Webinar Kool FM Dekati Pendengar Secara Atas Talian

September 10th, 2020 | by Zulaikha
Shout Out!

Kool FM kini semakin matang dan berani dalam mengetengahkan isu semasa nasional dan dunia yang merangkumui topik polisi, teknologi, sukan, gaya hidup, kesihatan dan isu-isu komuniti. Hal ini secara tidak langsung berjaya menarik lebih ramai pendengar radio tersebut dan sekali gus meningkatkan rating radio tersebut.

Terbaru, Kool FM menampilkan pembaharuan program menerusi atas talian iaitu Webinar Kool yang boleh terus diakses oleh pendengar setianya.

Webinar Kool

Kool FM mengambil inisiatif yang bijak dengan menganjurkan acara secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan bersama. Kini, Kool FM mengambil peluang untuk menganjurkan program Webinar Kool.

Program terbaru ini merupakan seminar secara ‘online’ yang mementingkan interaksi dua hala di antara panel jemputan dengan peserta yang terlibat. Topik yang bakal dibincangkan adalah sangat menarik mengikut bidang kepakaran panel dan mampu memberi banyak pengetahuan baru kepada penonoton seminar tersebut.

Penyertaan Webinar Kool adalah terbuka kepada semua orang menerusi Facebook Kool FM dengan hanya perlu menggunakan telefon bimbit dan komputer riba.  Anda juga jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memenangi wang tunai sepanjang program ini berlangsung.

Akan diterajui 3 personaliti

Webinar ini akan diterajui oleh 3 personaliti utama iaitu AG, Haiza dan Muaz yang bermula 8 September, 22 September dan 6 Oktober 2020 bermula jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang.

Topik kerjaya, keluarga, kesihatan mental dan peluang perniagaan antara topik yang bakal dibincangkan menerusi slot ini. Panel profesional yang akan terlibat ialah Dato Hj Aznil Hj Nawawi, seorang selebriti terkenal, Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Sugunah Verumandy, Ketua Jabatan Sumber Manusia, HSBC Bank Malaysia Berhad dan ramai lagi.

Berpeluang menang RM 300

Selain Webinar Kool, pendengar juga boleh menyertai Ujian Pressure Kool dan berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 300  pada setiap Isnin sehingga Jumaat, pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi.

Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar), danFM104.3 (Kuching). Selain itu, pendengar juga boleh streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Webinar Kool, Ujian Pressure Kool dan setiap program yang dikendalikan Kool FM, pendengar boleh terus dapatkan perkembagan terkini mengenai Kool FM, menerusi platform media sosial di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau boleh terus Whatsapp di number 017-2765656.

Sumber: Kool FM

SKIP THIS AD ×