berita

Tampil Menarik Dengan Kaca Mata Victoria Beckham!

August 7th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Daripada penghasilan pakaian terus kepada aksesori. Sekali lagi Victoria Beckham tampil dengan fesyen terbaru yang memberi keselesaan kepada si pemakai dengan gaya yang menarik.

Memegang status sebagai seorang ibu dan memiliki 4 orang cahaya mata, ia bukanlah penghalang untuk Victoria Beckham terus mengekalkan imej seksi dan menawan dalam proses pembaharuan terhadap jenamanya.

Victoria Beckham yang peka terhadap fesyen dan gaya pemakaian menyatakan bahawa, beliau masih belum menjumpai kaca mata yang bersesuaian dengan dirinya sehinggakan beliau menghasilkan kaca mata dengan jenamanya tersendiri.

Bekas anggota Spice Girl ini turut melancarkan kaca mata berjenama untuk musim bunga dan panas 2013 daripada koleksi kraftangan di Italy. Kesemua kaca mata yang dihasilkan olehnya lebih menonjolkan kepada sifat feminin dan selebihnya ‘unisex’.

Suaminya, David Beckham turut menyokong usaha yang dilakukan oleh beliau. Tambahan pula, Beckham sering memilih kaca mata sebagai aksesori tambahan dalam penampilan harian beliau.

Victoria yang bersedia untuk bersatu semula dengan ahli kumpulan Spice Girls dalam satu persembahan khas di majlis penutup sukan Olimpik London 2012 yang akan datang, difahamkan  telah menjual kaca mata sebagai sebahagian daripada label fesyennya.