berita

Tampil Menawan Persis Gadis Korea Raya Ini Dengan ‘Red Collection’ SimplySiti Hanya Di Watsons

May 9th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Pernah tak korang terfikir bagaimana jelitawan Korea mendapatkan kulit yang tiada cela dan sentiasa kelihatan muda & remaja? Rahsianya adalah Ekstrak Ginseng Merah Korea! Kini “ramuan rahsia” tersebut sudah didapati dalam rangkaian mekap Edisi Eksklusif “Red Collection” oleh SimplySiti.

Dilancarkan secara eksklusif bersempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Edisi Eksklusif “Red Collection” yang terdiri daripada Bedak Asas Kusyen, Bedak Kompak, Pemerah Pipi dan Krim Bibir Matte kini boleh didapati di cawangan terpilih Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian Watsons.

Dapat jumpa Siti Nurhaliza

Ginseng Merah Korea memberikan pelbagai manfaat kepada kulit seperti mencegah penuaan dan memperbaiki warna serta tona kulit. Baru-baru ini, 20 orang pelanggan Watsons yang membeli mana-mana rangkaian produk SimplySiti bernilai RM120 ke atas dalam satu resit di Watsons Central i-City Mall telah berpeluang berjumpa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Sesi bertemu dan beramah mesra bersama peminat itu turut disertai oleh Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Azuddin Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti, Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia dan Thoren Tan, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia.

Menurut Caryn Loh, Watsons sentiasa mengikuti trend terkini bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi kerana rangkaian mekap terbaharunya menawarkan sesuatu kelainan untuk para pelanggan Watsons. Di Watsons, kami sentiasa mengikuti trend terkini dan berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan para pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.

Penggunaan Ekstrak Ginseng Merah Korea dalam rangkaian mekap baharu SimplySiti adalah merupakan suatu inovasi kerana ginseng diketahui boleh meningkatkan penghasilan kolagen, menjadikan kulit lebih tegang dan muda. Inilah yang diingini oleh para pelanggan Watsons dalam usaha memperbaiki penjagaan kulit mereka.

Edisi Eksklusif Red Collection

Bedak Asas Kusyen adalah sebahagian daripada Edisi Eksklusif “Red Collection”. Formula bedak asas inovatif ini menggabungkan Ekstrak Ginseng Merah Korea, Ekstrak Buah-Buahan dan Teknologi Kusyen untuk penampilan kulit yang lebih tegang dengan kaedah pemakaian yang mudah. Ia menawarkan liputan yang boleh ditambah untuk menghaluskan tanda-tanda awal penuaan, menutupi garis-garis halus dan kedutan dengan SPF 35 PA++, pada harga RM72.90.

Bedak Kompak “Red Collection”pula ialah bedak kompak hebat yang diformulasi dengan Ekstrak Ginseng Merah Korea untuk menyegarkan semula kulit, membantu menyembunyikan garis-garis halus dan kedutan untuk penampilan wajah yang lebih muda. Diadun dengan Minyak Biji Makadamia yang mengawal keseimbangan minyak dan menghaluskan kulit sepanjang hari, ia menghasilkan kemasan yang sempurna tanpa cela dengan perlindungan SPF 30, pada harga RM58.90.

Dapatkan sekarang!

Pemerah Pipi “Red Collection” pula dapat menyerlahkan pipi dengan anti-penuaan matte berwarna lembut, diformulasi dengan Ekstrak Ginseng Merah Korea yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi untuk menyegarkan semula kulit. Sedikit sapuan pada tulang pipi sudah cukup untuk menaikkan seri wajah dengan ciri-cirinya yang tahan lama, memberikan kemasan matte lembut dengan perlindungan SPF 30, pada harga RM45.90.

Akhir sekali, Krim Bibir Matte “Red Collection” pula merupakan krim bibir matte anti-penuaan berpigmen tinggi yang mudah disapu untuk menghasilkan kemasan matte yang sempurna. Ia diperkaya dengan ekstrak Ginseng Merah Korea yang dapat melembapkan bibir untuk keselesaan pemakai dalam jangka masa panjang, pada harga RM42.90. Para pelanggan boleh membeli-belah pada bila-bila masa melalui Aplikasi Mudah Alih Watsons dan dari laman web Watsons di www.watsons.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.

SKIP THIS AD ×