Sudah adat menyewa rumah bersama, kadang kala jika kurang bernasib baik, kita akan menanggung ‘azab’ terpaksa melayan kerenah rakan serumah yang pelbagai. Seorang gadis, Yinnieee menceritakan pengalamannya berdepan housemate pengotor keterlaluan sehingga berlaku perbalahan di Twitter antara mereka.
Gadis itu yang juga seorang pelajar memuatnaik foto menjijikkan dua buah periuk nasi yang sudah berkulat kerana tidak dibasuh rakan serumahnya. Selain itu, perkakasan dapur yang digunakan juga dibiarkan di sinki sehingga keesokan harinya.
Tambah memualkan, tandas yang telah digunakan juga ditinggalkan tanpa dipam.
Setelah mendapat tahu tembelangnya didedahkan, rakan serumah dimaksudkan Yinniee, pula memuatnaik keadaan bilik gadis itu untuk ‘membuktikan’ betapa ‘kotornya’ bilik Yinniee. Namun, netizen kemudian menempelak tindakan terbabit kerana kegagalannya memahami antara kotor dan bersepah.
Tambah ‘panas’ individu terbabit seolah tanpa rasa bersalah melabel rakan serumahnya bising setelah ‘rajin cuci taik orang’. Kenyataan itu ternyata membuatkan netizen tidak percaya dan geli dengan individu tersebut.
Sumber: Yinnieee