
Penyanyi dan pelakon Zaki Yamani mendakwa pernah berdepan gangguan seksual ketika di awal pembabitannya dalam industri seni tempatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Banyak Kali Ditinggal Kekasih, Nafi Amal Hubungan Songsang – ‘Malu Ayah Saya Nanti’
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Buktikan Umur 19 Boleh Beli Kereta Jenama Mewah, Mahu Anak Muda Jadikan Inspirasi – ‘Satu Pelaburan’
‘Dia sentuh saya, tangan di riba’

Ketika ditemui OhBulan!, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkongsi pengalamannya apabila diajak oleh seorang individu yang bekerja dalam produksi ke sebuah bilik.
Pada awalnya, Zaki menyangka individu tersebut mahu membincangkan tentang hal kerja namun siapa sangka rupa-rupanya ada niat lain.
Kejadian berlaku ketika sedang bekerja, saya ada jumpa seseorang dan dia panggil saya masuk bilik, saya ingatkan fasal apa rupanya dia macam dah mula lain sikit.
Dia mula sentuh saya, tangan dia berada di atas riba saya dan kata saya tampan, muka saya jambu. Benda itu buatkan saya tak selesa.
Dari situ saya tahu yang orang ini bukan nak bagi kita kerja atau rezeki tapi sebaliknya, saya terus bangun, keluar daripada bilik. Nasib baik ibu saya ada di kawasan itu jadi saya pun bagitahu ibu saya.
Zaki berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TikTok berjudul FYP Macam VIP yang diadakan di McDonald’s Pantai Sentral Park Drive Thru pada Rabu.
Terima DM nakal

Tambah pelantun lagu Mati Rasa ini lagi, disebabkan pengalaman tidak menyenangkan itu, dia kini lebih berhati-hati dalam segala hal.
Malah anak kepada penyanyi Jamal Abdillah ini mengambil pendekatan membawa ibunya, Fatimatuzahra Samat, 42, untuk menemaninya setiap kali urusan kerja.
Sekarang ini apa-apa sahaja kalau kerja yang tiba-tiba panggil ke bilik saya akan bawa ibu saya sebab saya lebih selesa kalau dia ada.
Selain gangguan secara fizikal, Zaki juga pernah menerima mesej-mesej nakal daripada individu yang menawarkan wang lumayan semata-mata mahu membuat panggilan video dengannya.
Saya ada dapat DM (mesej langsung) dari TikTok, seorang perempuan tua dia ada tawar nak bayar saya dalam puluhan ribu. Saya ingatkan kerja.
Jadi, saya pun balas mesej, dia tanya boleh tak nak video call (panggilan video). Saya terus sekat dia, saya tak bodoh.
Perkara ini saya tak beritahu pada ibu saya sebab saya rasa sekarang dah akal, sudah pandai berfikir, Jadi, benda-benda begini kita kena tepis terus.
Dalam perkembangan lain, Zaki merupakan antara pelakon yang terbabit dalam siri TikTok yang dihasilkan menerusi kolaborasi strategi antara McDonald’s Malaysia dan Media Prima.







