Jasa dan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak sejak kecil adalah tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit. Tambahan pula, mereka berusaha keras untuk memberi apa yang terbaik demi kejayaan anak-anak.
Apabila sudah besar, kitaran ini berpusing dan tanggungjawab dipikul pula oleh anak-anak. Itulah yang dilakukan oleh individu ini apabila sanggup membelanjakan sehingga RM25,000 untuk mengubah suai rumah di kampung.
Dah boleh ambil wuduk di bilik sendiri
Menerusi perkongsian di Twitter, dia mendedahkan projek ubah suai dibuat untuk memudahkan lagi urusan ibunya. Selepas ini, ibu sudah boleh mengambil air wuduk di biliknya sendiri.
Selain itu, dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya rezekinya dilimpahkan dan dapat membeli kereta untuk kegunaan sendiri pula.
Sebelum & selepas
Di ruangan komen, orang ramai memuji sikap mulianya yang dapat dijadikan contoh kepada anak muda yang lain. Dia turut dipuji kerana mendahulukan ibu bapa melebihi keinginan diri sendiri.
Semoga dimurahkan rezeki
Sumber: Mohd Asri Dungun