
Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kisah ketika dia mengambil keputusan untuk menjadikan anak saudaranya, Nur Izzara sebagai anak angkat.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mandul, Tok Ram Pun Tak’ – Alyah Dedah Pernah Keguguran, Reda Terpaksa Lepaskan Lima Telur Rawatan IVF
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Ramli MS Berborak Dengan Anak Curi Perhatian Netizen – ‘Sisi Lain Tok Ram, Peramah Dengan Baby’
Alyah reda
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan berkata, dia reda menerima takdir apabila tidak dapat meneruskan rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) kerana wabak Covid-19 dan masalah kesihatan.
Masa itu saya tak boleh nak terima yang saya tak boleh untuk ada anak. Ketika itu Tok Ram pujuk saya untuk pergi haji.
Tetapi makin hari makin saya terima dan reda. Saya rasa Allah sudah gerakkan hati saya untuk reda dan saya syukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Bagaimanapun, Alyah tidak menyangka bahawa Allah SWT akan mengurniakannya rezeki untuk memiliki cahaya mata dengan cara yang tidak diduga.
Saya ada hadiri ke sebuah podcast dan ketika itu saya kata saya tak nak minta lebih-lebih pada Allah kerana saya malu.
Allah sudah beri macam-macam pada saya. Allah bagi suami yang baik, kerjaya, rezeki, rupa paras dan kesihatan. Saya reda, takkan la saya nak tamak lagi hanya kerana saya tak ada anak.
Selepas selesai podcast tu saya dapat panggilan daripada pihak hospital yang meminta saya untuk selesaikan bil adik saya.
Tangisan Izzara
Dalam nada sebak, pelantun lagu Kisah Hati tersebut tidak menyangka kehadiran bayi perempuan itu di rumahnya akan membawa kebahagiaan kepada dirinya dan suami, Datuk Ramli MS.
Masa itu saya tak fikir pun yang bayi itu untuk saya sampailah dia kata, dia tidak berupaya untuk menjaga bayi itu dalam keadaan banyak masalah yang dihadapi.
Saya berdoa pada Allah dan bawa balik bayi ini. Dalam masa yang sama, saya selesaikan hal di Jabatan Pendaftaran dan ibunya.
Kemudian saya bawa balik ke rumah namun saya tak beritahu lagi pada Tok Ram. Tapi Tok Ram tengok bayi itu dan pada awalnya dia sangkakan ia adalah kucing.
Esoknya ketika mahu mandikan Izzara, dia menangis..tangisan itu memecah kesunyian rumah saya. Tangisan pertama dia di dalam rumah ini, saya takkan pernah lupa..dan bayi itulah Izzara.
Dalam masa yang sama, Alyah turut bersyukur apabila Izzara dan Ramli mendapat status mahram.
Untuk menyusukan Izzara saya pun tak mampu namun saya bermohon pada Allah ketika menunaikan haji, ‘Ya Allah, saya nak sangat suami saya sentuh anak saudara saya ini dalam keadaan tidak terhalang sebagai anak dan bapa.’
Alhamdulillah, saya tak dapat nak susukan dia tetapi Allah bagi cara lain.
Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli atau mesra disapa Tok Ram pada 2013. Alyah sebelum ini mendedahkan dia pernah mengalami keguguran pada tahun 2019.
Sumber: TikTok








