berita

[Tanya Netizen] Apa Yang Kita Boleh Hasilkan Atau Bina Daripada Kayu Tempatan?

November 10th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

“Balau, Merbau, Meranti, Ramin”

Kalau korang nak tahu ini lah antara jenis-jenis kayu yang ada dekat Malaysia ni! Selalu kita dengar pokok Chengal, Nyatoh dan pokok getah je kan? Sebenarnya, ada banyak lagi jenis-jenis kayu tempatan yang ada dekat Malaysia ni tau.

Bukan tu je, tanpa korang sedari, korang pun ada guna produk dari kayu tempatan dekat rumah.

Jadi untuk artikel kali ni, admin terjah netizen-netizen ni untuk ketahui produk apa yang mereka rasa sesuai untuk dihasilkan melalui kayu tempatan.

“Boleh buat rangka katil!”

Kayu Tempatan

Saya rasa sesuai untuk dijadikan katil, sofa dan kabinet dapur! Sebab saya pun ada kabinet dapur yang diperbuat dari kayu tempatan jadi saya rasa kayu yang sama boleh di buat sofa dan rangka katil! – Bella,33

“Almari pakaian”

Kayu Tempatan

“Selalu saya nampak orang buat perabot jadi kalau perabot mestilah sesuai untuk dijadikan almari pakaian juga kan? Mesti lagi utuh!” – Ikram, 31 tahun

“Mungkin ramai perasan, tapi bangunan seperti surau boleh dihasilkan daripada kayu tempatan”

Kayu Tempatan

“Dari segi penggunaan kayu, apa yang orang tak perasan ialah kayu tempatan ni bukan sahaja boleh menghasilkan perabot dan sebagainya tetapi ia boleh dijadikan asas sesebuah bangunan. Antara bangunan yang didirikan daripada kayu tempatan ialah  Galeri Glulam di Johor Bahru, terdapat juga surau diperbuat daripada buluh dan juga jambatan dari kayu”- Amy,43 tahun

“Permainan traditional seperti congkak dan bingkai gambar”

Kayu Tempatan

Yusuff,30 tahun pula berkata kayu tempatan ni sesuai untuk menghasilkan permainan traditional seperti congkak dan juga gasing kerana ia juga merupakan permainan traditional negara kita. Beliau juga mencadangkan agar bingkai gambar dihasilkan menggunakan kayu tempatan.

Ha, korang pula rasa macam mana? Admin yakin mesti ramai orang kita yang nak beli kalau mereka tahu yang semua barangan ni ada dijual dan menggunakan produk kayu tempatan betul tak?

Sebab tu lah MTIB melaksanakan Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan!

Korang tau tak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan.

Ia dilakukan sebagai salah satu usaha penting bagi membantu mencapai sasaran Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) yang telah mensasarkan peningkatan penggunaan dan permintaan kayu serta produk kayu dalam pasaran tempatan kepada RM20 bilion menjelang 2025!

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi, kempen ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran awam bagi menggunakan kayu dan produk kayu tempatan dalam kehidupan seharian.

Tambah beliau lagi, ramai yang mewarisi perabot atau rumah kayu tinggalan dari orang tua kita dahulu yang masih dalam keadaan elok sehingga kini, ia menunjukan bahawa produk perkayuan tempatan ibarat pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Apa objektif perlaksanaan kempen ini & sektor apa yang betul-betul menggunakan kayu tempatan?

Kayu Tempatan

Selain daripada untuk mencapai sasaran nilai pasaran tempatan sebanyak RM20 bilion menjelang tahun 2025 selaras dengan saranan ‘Beli Barangan Malaysia’. Antara objektif lain pelaksanaan kempen ini adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan kesedaran awam/ spesifiers mengenai penggunaan kayu dan produk kayu di pasaran tempatan;
  • Meningkatkan pencapaian dan pembangunan usahawan;
  • Memperkukuhkan pembangunan kapasiti dan perdagangan;
  • Menggalakkan pembangunan inovasi dan kreativiti;
  • Meningkatkan penggunaan kayu dan produk kayu tempatan;
  • Meningkatkan kesedaran mengenai Green, Legality & Sustainability dalam industri perkayuan

Bukan tu je, korang mesti tertanya-tanya sektor apa yang menggunakan kayu tempatan? Tersenarai dibawah ni merupakan pasaran domestik bagi industri kayu-kayan dalam sektor ekonomi:

  • Pembinaan: tiang, rasuk, kekuda bumbung, pintu, tingkap
  • Perabot: bilik tidur, ruang makan, meja dan kerusi, ruang tamu
  • Perumahan: struktur atau hiasan
  • Reka Bentuk Dalaman: partition, panel, binaan dalaman
  • Hiasan Luar: buaian, wakaf
  • Kerja-kerja Awam: jambatan, taman permainan, pondok
  • Bot: kapal layar, kapal, vesel
  • Ukiran: panel, skrin, perabot
  • Kraftangan: bakul, kotak kayu
  • Bahan Alternatif Baharu : biokomposit,batang kelapa sawit  (OPT), kenaf 
  • Hasil Hutan Bukan Kayu: buluh, rotan, gaharu

MTIB juga menganjurkan pameran Wood & Lifestyle Fair (WLF) untuk usahawan SME 5 November lalu!

Penganjuran pertama WLF ialah pada tahun 2016 dan sehingga kini telah pun memasuki edisi yang ke-37.

Pelaksanaan WLF bagi tempoh 6 tahun bermula tahun 2016 sehingga yang terkini pada 2 hingga 5 November lalu di Johor Bahru, telah berjaya menjana jualan keseluruhan sehingga RM53 juta.

Wood & Lifestyle Fair (WLF) ini diwujudkan supaya ia menjadi satu platform perdagangan dimana usahawan terutama SME dapat mempromosi dan meningkatkan produk jualan di pasaran tempatan.

Di penghujung  acara Datuk Mad Zaidi berkata bahawa beliau berharap agar impak daripada kempen ini diharapkan dapat memberi suntikan kepada industri perkayuan negara untuk terus berkembang pesat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Membawa tema Kayu Malaysia: Kelestarian Teras Keunggulan, MTIB berharap kempen ini akan mendorong setiap lapisan masyarakat untuk menjadikan produk perkayuan Malaysia sebagai pilihan utama.

So guys, lepas ni kalau nak beli, pastikan produk kayu tempatan tau!

 

SKIP THIS AD ×