berita

Target Kumpulan Hamas, Israel Serang Seluruh Gaza

March 26th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Semenanjung Gaza sekali lagi terima serangan tidak berperikemanusiaan dari tentera Israel dan telah mengakibatkan letupan di beberapa buah kawasan. Bagaimanapun, tentera Israel membalas serangan tersebut dan menyasarkan serangan ke pejabat pemimpin Hamas dan pusat risikan tentera Gaza.

Bunyi letupan di tanah Gaza

Menurut BH Online, memaklumkan terdengar bunyi beberapa letupan di tanah Gaza. Tambah lagi, serangan terkena pada kedudukan di Barat laut Hamas dan tersasar di kem latihan besar Hamas di utara Gaza.

Bagaimanapun, kawasan itu kemungkinan besar telah dikosongkan kerana pasukan Hamas mendapat notis terhadap serangan Israel dalam tempoh beberapa jam.

Roket Palestin terkena rumah di Tev Aviv

Serangan tersebut dimaklumkan tentera Israel dilepaskan sejurus beberapa jam selepas pelancaran roket Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv. Bagaimanapun, Pasukan Pertahanan Israel (IDF)  menyasarkan serangan ke pejabat pemimpin Hamas dan pusat risikan tentera tersebut.

Menurut kenyataan tentera Zionis, serangan sasaran pengganas Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertindak balas dengan lebih teruk terhadap serangan roket sehingga mencederakan kira-kira tujuh warga Israel.

Israel tidak akan bertoleransi

Sebelum ini, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyalahkan pergerakan Hamas yang menguasai Gaza berikutan serang roket yang terkena beberapa warga Israel di Mihshmeret. Tambah Perdana Menteri Israel lagi, mereka tidak akan bertoleransi terhadap serangan tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengecam serangan Hamas dan menyokong hak rejim Israel mempertahankan diri.

Serangan dalam skala yang besar

Laluan ke Gaza juga telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Difagamkan serangan tersebut disasarkan ke beberapa buah kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.

Kesan serangan Israel ke kawasan Gaza

Sumber: Sinar, BH Online

SKIP THIS AD ×