berita

Tasik Warna Pink? Haa..Ini Antara Benda Underrated Yang Korang Kena Rasai Bila Sampai Australia!

February 14th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Kredit Giphy

Kau nak melancong ke Australia? Hmm..Asyik tengok kanggaru dengan koala je, bosanlah!

Siapa cakap dekat Australia cuma ada kanggaru dengan koala je? Korang ni mesti tak pernah round habis Australia kan? Kalau korang nak tau, Australia ni merupakan negara keenam terbesar kat dunia dan dia ada benuanya sendiri tau!

Tapi, korang tau tak sebenarnya ada banyak lagi tarikan yang korang boleh UnDiscover sendiri dekat Australia? Haa.. Lepas ni kalau korang nak ke Australia,  korang bolehlah pergi tempat-tempat yang underrated ni. Barulah lain sikit daripada orang lain!

Apa yang best untuk UnDiscover Australia ni?

Kredit: South Australian Tourism Commission

Australia ni memang ada banyak tarikan. Jom min share sikit tempat yang underrated di South Australia untuk korang terokai kalau pergi melancong ke sana. Best sikit nak cerita pengalaman dengan kawan-kawan nanti.

Nak tahu macam mana nak ke South Australia? Senang je, beli tiket ke Adelaide, bandaraya utamanya.

1. Ada pelbagai spesis hidupan liar. Bukan kangaroo je!

Kredit: South Australian Tourism Commission

Kangaroo Island – Walaupun nama pulau ni Kangaroo Island, tapi kat pulau ni ada banyak lagi haiwan yang comel seperti singa laut dan echidna (mamalia pemakan semut yang mempunyai duri seperti landak) yang korang boleh tengok tau.

Seal Bay pulak adalah satu-satunya tempat di dunia yang menjadi kawasan tumpuan kira-kira 1000 ekor singa laut. Uishhh! Syok ni kalau dapat tengok singa laut banyak-banyak!

Kredit: South Australian Tourism Commission

Bagi pencinta haiwan, jangan lepaskan peluang untuk rakam moment comel haiwan-haiwan di kawasan persisiran pantai dan juga echidna ni. Bukan senang nak jumpa tau!

Kredit: South Australian Tourism Commission

Eyre Peninsula – Selalu kalau dengar cerita orang pergi Aussie dapat tengok ikan paus dan dolphin dari atas bot je kan? Haa..Kali ni apa kata korang rasai sendiri pengalaman berenang bersama haiwan marin seperti singa laut, sotong gergasi dan naga laut berdaun(leafy sea dragon). Barulah rare! Jangan risau okay. Haiwan ni semua memang jinak kat habitat asal diorang.

2. Makanan laut segar sure terangkat selera!

Kredit: South Australian Tourism Commission

Oyster Farm Tour – Korang suka makan makanan laut? Apa kata korang join Oyster Farm Tour di Coffin Bay, Eyre Peninsula. Dengan tour ni korang boleh rasa sendiri tiram segar. Memang ummphh! Makanan laut lain seperti abalone, udang dan udang karang batu pun ada jugak. Dia punya rasa fresh tu memang takkan kecewakan korang.

Kredit: South Australian Tourism Commission

Adelaide Central Market – Pusat pengumpulan makanan dan produk segar dari South Australia ni ada pelbagai jenis tumbuhan dan hidangan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan juga makanan laut.

Lebih 80 gerai, korang mesti rambang mata nak pilih sebab semua gerai menawarkan produk yang segar pada harga yang berpatutan. Ni lah tempat paling best nak cari produk tempatan South Australia.

3. Nikmati keindahan alam yang memukau

Kredit: South Australian Tourism Commission

Umpherston Sinkhole – Kalau korang jenis adventurous dan nature lover, South Australia pun ada tarikan alam semula jadi di Umpherston Sinkhole. Kawasan gua batu kapur bawah tanah ni dah berubah landskap menjadi kawasan hijau dengan tumbuhan yang seakan-akan tergantung. 

Kredit: Toby Passaver

Berhampiran kawasan ini jugak terdapat Kilsby Sinkhole, sebuah kawasan yang sangat popular dengan para penyelam kerana airnya yang sangat jernih seperti kaca. Kalau korang datang sini jangan lupa tangkap gambar cantik-cantik tau. Insta-worthy sangat!

Kredit The Urban List

Tasik Pink di Lake MacDonnell – Korang pernah tengok tasik warna merah jambu? Kat tengahnya pulak ada pasir yang memisahkannya dengan tasik hijau kebiruan. Tempat ni memang popular dalam kalangan jurugambar dan ianya terletak di Lake MacDonnell.

Kalau korang nak tau tasik ni warna pink sebab ada kepekatan garam yang sangat tinggi. Cantik sangat kan?

Jom UnDiscover Australia untuk pengalaman yang lain dari orang lain!

Kredit: Grant Hancock & South Australian Tourism Commission

Haa.. Korang pernah ke melancong kat tempat yang min share ni? Haa.. Sebenarnya ada banyak lagi benda best di seluruh Australia. Kalau korang nak tau lebih lanjut korang pergi je ke website Tourism Australia. Kat sini ada pelbagai cadangan aktiviti yang korang boleh lakukan dan juga pakej-pakej menarik yang ditawarkan.

Tunggu apa lagi? Jom tempah tiket flight untuk UnDiscover Australia!

SKIP THIS AD ×