berita

‘Taubatlah Saudaraku’ – Buat Pembedahan Penuhi Keinginan Songsang, PU Tegur Usahawan Kosmetik

August 24th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Bakri Al-Yahya menegur tindakan seorang usahawan kosmetik yang mengubah ciptaan Allah SWT dengan membuat pembedahan plastik. Usahawan kosmetik itu sebelum ini mendedahkan dia sudah membelanjakan RM300,000 menebuk dahi, hidung dan tulang rusuk.

Bertaubatlah wahai saudaraku

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Komen ambe

Perbuatannya jelas HARAM di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan agama dan lebih-lebih lagi dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang untuk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki.

En Safiee telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kepada Allah, apatah lagi dia sangat berbangga dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.

Gaya hidup sebegini sangat-sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan oleh orang lain. Safiee dan Sajat keduanya wajar ditangkap dan diberi pengajaran sebenar-benarnya.

Bertaubatlah kepada Allah wahai saudaraku.

Syed Bakri Al-Yahya

#BiarTahuJanganDokTahu

Menerusi Instagram, PU Syed menjelaskan perbuatan tersebut jelas haram di sisi syarak apatah lagi ianya dibuat untuk memenuhi keinginan songsang. Beliau turut menyeru usahawan kosmetik ini segera bertaubat dan tidak berbangga dengan apa yang dilakukan.

‘Kembali kepada fitrah bila diboikot’ – PU Amin

Dia kembali secara terang terangan untuk beraksi dalam dunianya kembali. Dulu saya buat video teguran, nasihat, minta boikot produknya, alhamdulillah bila diboikot dia kembali kepada fitrah. Namun setelah mendapat sokongan dia kembali kepada naluri songsangnya. Jika ditegur dia akan kata dia tertekan dan kemurungan.

Saya sudah cuba bersahabat dengannya, dengan lunak dan sopan memberi peringatan, secara dm , tapi segalanya tidak di endahkan.

Ayuh kita bantu dia sekali lagi untuk kembali pada jalan yang benar. Ini untuk anak dan generasi kita. Mahukah kita anak generasi kita jadi seperti ini? Nauzubillah, segala cara lembut dan santun telah kita lakukan, apakah kita hanya perlu sibuk dengan urusan hidup nya sahaja? Sampai bila??

Kepada safiey berubah lah walau berkali kali mencuba, inshaallah pintu taubat masih terbuka untuk kita semua.
Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita. Segala bencana dah lalu depan mata, sampai bila kita mahu biarkan masyarakat hidup dalam kancah kemurkaan Allah. Bantulah saya untuk bantu safiey dan seangkatan dengannya.

Sementara itu, PU Amin mendedahkan dia pernah menasihati usahawan ini secara baik namun tidak diendahkan. Dakwa PU Amin lagi, apabila ditegur usahawan ini akan berada dalam keadaan tertekan dan kemurungan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu ada dalam kalangan generasi akan datang terpengaruh dan menjadi seperti ini.

Sumber : PU Syed Bakri Al-Yahya , PU Amin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×