berita

Taufik Batisah Kahwin April Ini

March 7th, 2015 | by Wan
Kini Trending

fik

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Awak Kat Mana’ akhirnya mengakui bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Walaupun pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita Nur Fazura, kenyataan terbaru daripada Taufik ini nampaknya menutup spekulasi tersebut.

Kad Jemputan Bakal Diedar

fik2

Menurut laporan The New Paper, Taufik mengakui dan mengesahkan sendiri bahawa perkahwinannya bakal berlangsung pada April nanti.

Pada masa sama, Hype Records selaku penaung Taufik dikatakan akan menghantar jemputan perkahwinan bermula minggu hadapan.

Sorry, Bukan Fazura

bukan fazura

Pastinya berita ini bakal melegakan hati Fazura selepas beberapa kali diasak media mengenai hubungannya dengan Taufik. Mana tidaknya, menurut sumber calon Taufik merupakan warga Singapura.

Buat peminat Taufik, diminta bawa bertenang dan bertabahlah. Tahniah buat Taufik, bila nak kenalkan bakal isteri?

SKIP THIS AD ×