Pelakon Taufiq Hanafi meluahkan kebimbangan tentang hala tuju karier lakonannya menjelang tahun 2026.

Artikel Berkaitan: Taufiq Hanafi Reda Nama Digugur Jadi Hos Acara Ambang Merdeka – ‘Sebab Tak Cukup Popular’

Artikel Berkaitan: Taufiq Hanafi Muat Naik ‘Resume’ Mahu Cari Tawaran Berlakon, Netizen Doa Murah Rezeki – ‘Pertama Kali Tengok Portfolio Seorang Aktor’

‘Aku berdoa dan percaya pada rezeki’

Meskipun diselubungi kerisauan, pemilik nama Mohamaf Taufiq Mohd Hanafi, 34, tetap percaya dengan takdir dan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT untuk dirinya.

Risau dengan perjalanan career lakonan untuk 2026 ni.. Tapi aku berdoa dan percaya pada rezeki-Nya.

Pelakon filem Paskal ini juga terbuka untuk meneroka peluang kerja dalam industri lain sekiranya pintu rezeki dalam bidang lakonan semakin sempit.

Dan jika ada peluang kerja dari industri yang lain. Tolong tunjuk kan jalannya. Tolong Amin kan kawan, semoga yang baik terbalas semula kepada anda

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah respon yang ditinggalkan oleh rakan pelakon, Amar Asyraf, di ruangan komen hantaran tersebut. Amar memberi saranan kepada Taufiq agar berhenti daripada bidang lakonan.

Sebagai seorang pelakon. Nasihat saya. Berhenti je berlakon

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada komen tersebut merupakan nasihat serius berdasarkan realiti industri atau sekadar gurauan.

Sumber: Threads Taufiq Hanafi