berita

Tauke Jambu Anggap Dakwaan Bercium Tuduhan Liar

November 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-27 at 11.19.10

Memang kecoh dibuatnya apabila gambar seorang lelaki dipercayai Tauke Jambu yang sedang asyik bercium dengan seorang wanita tersebar di internet semalam.

Menerusi beberapa portal hiburan tempatan, gambar tersebut dipercayai tersebar di laman sosial selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan individu tak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.

Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.

artis1

Tapi, kita tak bolehlah nak menuduh tak tentu hala sebab gambar berkenaan dikaburkan. Malah, Tauke sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut.

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.

artis11

Selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.

Apa yang pasti, kontroversi bercium ini memberi tamparan hebat kepada Tauke dan mampu menjejaskan tumpuannya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 bersama kumpulan Virus yang turut dianggotai Zizan dan Yus Jambu.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×