Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan kepada pihak Sinar Harian, bahawa dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.
Menurut Tauke,“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu.”
Tauke turut mengaku bahawa, rumah tangganya sebelum ini memang dilanda krisis agak besar dan pada bulan Julai yang lalu, bekas isterinya telah keluar dengan membawa semua pakaiannya.
Untuk makluman, Meera merupakan perkahwinan ketiga Tauke. Hasil perkahwinan pertama dan kedua sebelum ini, Tauke memiliki enam orang cahaya mata.
Tauke dan Meera dikatakan telah berkahwin pada bulan April yang lalu di Thailand.