berita

Tawar Pelbagai Penjimatan! Korang Tahu Tak Pasal Touch ‘n Go eWallet Ni.

November 29th, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Syoknya bila makan dapat diskaun kan? Mana taknya, daripada kena bayar RM20, korang cuma perlu bayar RM15 sebab dapat diskaun RM5, kan dah jimat. Duit tu boleh la buat isi minyak motor nak pergi dan balik kerja.

Nak-nak sekarang ni semua benda nak pakai duit. Jadi, kalau dapat berjimat walaupun cuma RM1 dah cukup bagus. Cuba bayangkan kalau sekali makan dapat jimat RM1, sepuluh kali makan dah jimat RM10. Dah boleh la buat simpanan geli-geli.

Penjimatan lebih dengan Touch ‘n Go eWallet!

Ha! Nak tahu macam mana korang boleh nikmati lebih diskaun? Touch ‘n Go eWallet la jawapannya! Bagi korang yang tak tahu, Touch ‘n Go eWallet diperkenalkan untuk memudahkan korang berbelanja.

Apa itu eWallet? eWallet adalah satu fungsi di mana korang boleh buat bayaran melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Dengan adanya Touch ‘n Go eWallet, korang boleh shopping menggunakan aplikasi ini. Nak bayar parking, beli tiket movie, bayar bill air sampai lah ke PTPTN, atau pun nak top up telefon dan bayar bil telefon pun boleh juga! Best kan?

Yang mana belum download aplikasi ni, korang boleh download di Apps Store dan Google Play Store. Ada banyak promosi dan penjimatan yang korang boleh dapat melalui Touch ‘n Go eWallet. Nak jadi pengguna bijak, kena la bijak berbelanja.

Cuma belanja RM5 untuk nikmati diskaun RM2.50!

Khas untuk korang yang suka lepak mamak, penggemar roti dan pastri promosi Mamak Mia dan Loaf You More menawarkan diskaun sebanyak RM2.50 dengan perbelanjaan minima RM5. Separuh harga tu diskaun! Bukan biasa-biasa tawaran ni.

Bukan saja dapat makan makanan yang sedap-sedap macam mee goreng mamak dan pelbagai jenis roti istimewa tapi siap dapat potongan harga kaw-kaw. Jimat sangat ni!

Promosi Oh My Sushi & Bobastic Bash pun ada khas untuk korang!

Buat penggemar minuman boba dan sushi, korang boleh makan puas-puas dengan adanya promosi Oh My Sushi dan Bobastic BashPromosi ni menawarkan potongan harga awesome, iaitu potongan RM5 dengan perbelanjaan minima RM10. Power tak power promosi ni?

Pergi spa pun dapat diskaun wei!

Lepas dah makan, korang boleh pergi ke mana-mana spa atau HealthLand yang terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM10 bagi setiap kunjungan dengan promosi Indulge In Tranquility. Yang ni, korang kena tengok dekat page Touch ‘n Go eWallet nanti untuk maklumat yang lebih lanjut.

Tapi kena ingat, semua promosi ni hanya sah jika korang membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet saja tau. Berikut adalah tarikh sah bermulanya promosi hebat ini.

Indulge In Tranquility : 22 November 2019 

Mamak Mia, Loaf You More, Oh My Sushi & Bobastic Bash : 29 November 

Untuk info lanjut mengenai promosi-promosi ni dan kedai yang terpilih, korang boleh tengok di Touch ‘n Go eWallet. 

Website: Touch ‘n Go eWallet

Facebook: Touch ‘n Go eWallet

SKIP THIS AD ×