berita

Tawar Tempat Tinggal & Arak Jerat Mangsa, Pelajar Indonesia Dipenjara Seumur Hidup Rogol 136 Lelaki

January 7th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tawar tempat tinggal dan minuman keras untuk menjerat mangsa, seorang lelaki warga Indonesia yang digambarkan sebagai ‘pemangsa seksual yang jahat’ dipenjara seumur hidup di Manchester England. Reynhard Sinaga disabitkan bersalah terhadap 159 pertuduhan termasuk 139 kes merogol dan 8 cubaan rogol.

Guna dadah jerat mangsa

Mahkamah Manchester memberitahu Reynhard Sinaga mungkin menyerang kesemua mangsa dengan mengajak mereka ke rumahnya. Dia dipercayai menggunakan sedatif untuk menjerat mangsa sehingga tidak sedarkan diri kemudian merogol.

Hakim, Suzanne Goddard memberitahu lagi kebanyakan daripada mangsa tidak menyedari mereka diserang. Walaubagaimanapun tangkapan berjaya dibuat selepas salah seorang daripada mangsa tersedar ketika kejadian.

Salah seorang daripada mangsa kamu menyifatkan kamu sebagai ‘monster’. Kesalahan yang kamu buat ini jelas sekali menggambarkan sikap binatang kamu itu.

Menurut laporan media, Reynhard mula menyerang lelaki sejak dia mula berhijrah ke Britain pada tahun 2007, dia dikenali sebagai pesalah seksual paling teruk dalam sejarah negara.

Penjara seumur hidup

Malah, ketua pendakwaraya, Ian Rushton menyifatkan pesalah warga Indonesia ini ‘pemerkosa berantai terbesar dunia’ dalam sejarah perundangan.

Dorongan seksualnya yang ganas melampaui batas kepercayaan dan dia tidak ragu-ragu melakukan perbuatan terkutuk ini selagi tidak ditangkap.

Sikap tidak berperikemanusiaan Sinaga memperdaya lelaki-lelaki muda yang menganggapnya baik dengan menawarkan tempat tinggal. Mereka tidak tahu lelaki ini sebenarnya binatang.

Sebaik tiba di rumah, Sinaga menggunakan mangsa sebagai objek untuk melempiaskan nafsu pelik untuk kepuasan diri sendiri.

Memetik laporan NST.com, Reynhard Sinaga pada 6 Januari 2020 dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan minimum tempoh penjara 30 tahun selepas didapati bersalah mengkhayalkan sekurang-kurangnya 48 orang lelaki selain merakam perbuatan seksual ketika mangsa tidak sedarkan diri.

Sumber : Harian Metro , NST , BBC News Indonesia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×