berita

Tawaran Beli 1 Percuma 1 – Ini Promosi Hebat Dari HLA Untuk Korang Sempena Raya 2019

May 27th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Cepatnya masa berlalu. Tinggal 2 minggu je kita nak sambut Aidilfitri. Macam mana persiapan raya korang? Aik, korang ni. Takkan tak beli baju raya lagi. Sekurang-kurangnya mesti la dah beli untuk baju raya kan?

Raya pertama, lelaki biasanya pakai baju melayu, perempuan pulak pakai baju kurung. Tapi macam mana raya kedua dan seterusnya? Korang mesti nak pakai baju jenis formal  atau casual  kan. Kalau korang cari baju jenis macam tu, admin tahu satu tempat best!

HLA, syurga pakaian buat penggemar formal & casual!

depan HLA

Kalau korang jalan-jalan kat shopping mall, mesti ternampak kedai ni punya. HLA merupakan jenama antarabangsa yang mempunyai banyak koleksi pakaian casual untuk lingkungan umur 25 hingga 40. Kalau korang cari design baju raya yang stylo dan berkualiti tinggi, ni la tempatnya!

dalam HLA

Ramai yang cakap baju berkualiti tinggi ni biasanya mahal. Eh, silap la! HLA ni sebenarnya ada maksud tersendiri. H bermaksud High Quality, L bermaksud Live dan A bermaksud Affordable. Senang cerita, korang boleh dapatkan baju untuk raya yang bergaya dan berkualiti tinggi, tapi berpatutan di HLA!

dalam HLA

dalam HLA

Antara baju yang ada di HLA ialah sut, jaket, overcoat, sweater, knitwear, kemeja, T-shirt, seluar, jeans  dan lain-lain. Korang boleh jugak cari tali pinggang, tali leher, skaf, stokin, kasut kulit dan lain-lain. Best jugak cari baju raya kat sini sebab banyak pilihan. Setuju tak?

depan HLA

Kedai ni untuk lelaki je kan?

Eh, korang silap besar! Cuba korang masuk dulu. Dari luar, memang nampak macam kedai untuk lelaki. Tapi bila dah masuk, memang terkejut gila. Kebanyakan baju di HLA adalah unisex. Lelaki boleh pakai, apatah lagi perempuan. Boleh beli untuk raya ni. Seronoknya!

Hebat sampai ada lebih 25 cawangan di seluruh Malaysia

Jangan tak tahu! HLA ni ada lebih daripada 25 cawangan di seluruh Malaysia. Serius hebat. Cuba la tengok. Mana tahu ada yang dekat-dekat dengan rumah korang. Boleh pergi dengan family, borong baju raya kat HLA. (Klik sini untuk lihat senarai outlet HLA di Malaysia)

Banyak gila cawangan HLA kat Malaysia. Memang meletop habis. Nak tahu benda lagi menarik? HLA ada tawaran hebat sempena raya ni. Nak tahu? Ni dia. Serius tak masuk akal.

Promosi beli 1 PERCUMA 1, satu family boleh sedondon raya ni!

Tempat lain ada promosi untuk raya, takkan HLA tak ada? Eh, mesti la ada! Lagi meletop, HLA ada Promosi Beli 1 Percuma 1 sempena raya. Macam-macam jenis baju yang ditawarkan. Boleh la korang borong puas-puas untuk raya ni. Gempak la!

Diskaun 50% untuk barangan terpilih, jimat habis untuk raya ni

Selain Promosi Beli 1 Percuma 1, HLA juga ada Diskaun 50% untuk barangan terpilih. Tertakluk pada terma dan syarat. Tapi take note! Diskaun 50% ni tidak terdapat di outlet  HLA, Aman Central ya. (Klik sini untuk lihat senarai outlet HLA di Malaysia)

Tak sangka la boleh beli baju raya kat sini jugak. Bila dah ada promosi hebat macam ni, korang mesti tak nak lepaskan peluang kan? Pakat dengan family atau member korang tau. Beli sama-sama, baru sedondon raya nanti!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan terkini HLA, klik ke laman web HLA atau Facebook HLA Malaysia kat bawah ni okay?

Selamat shopping  untuk raya di HLA! Jangan lupa singgah ya..

SKIP THIS AD ×