berita

Tawaran Istimewa Hari Pekerja, HUAWEI Ada Ganjaran Hebat Kepada Pengguna!

April 29th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Bagi memeriahkan sambutan Hari Pekerja yang bakal berlangsung dalam bulan Mei 2020, HUAWEI tahun ini sekali lagi tampil bersama kejutan hebat dengan menawarkan banyak ganjaran, hadiah dan peraduan menarik untuk korang rebut.

Tawaran ini juga sebenarnya sempena meraikan ulang tahun ke-6 HUAWEI Online Official Store tau. Kalau korang nak tahu, bermula hari ini 29 April 2020, harga baru untuk beberapa peranti terpilih HUAWEI telah diperkenalkan, ada ganjaran AppGallery, ganjaran Member Centers dan banyak lagi kejutan yang wajib korang rebut!

1. Harga baru untuk HUAWEI P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30 Pro 4G

Kami yakin ramai peminat telefon pintar flagship HUAWEI dah lama menunggu berita baik ni. Bermula tengah malam tadi iaitu tepat jam 12:00 pagi 29 April 2020, HUAWEI telah memperkenalkan harga baru untuk siri peranti flagship untuk HUAWEI P30 Pro, HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro 4G.

Apa yang mengejutkan, harga peranti flagship ini diturunkan sehingga ke RM300 tau! Pendek kata, korang dah takde alasan lagi. Wajib reward diri dengan hadiah telefon pintar flagship baru sempena Hari Pekerja tahun ni.

  • HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) – Harga Asal RM2,999 : Harga BARU RM2,799
  • HUAWEI Mate 30 (8GB + 128GB) – Harga Asal RM2,799 : Harga BARU RM2,499
  • HUAWEI Mate 30 Pro 4G (8GB + 256GB) – Harga Asal RM3,899 : Harga BARU RM3,599

Tak cukup dengan tu, HUAWEI juga ada promosi pakej bundle iaitu HUAWEI MatePad Pro + Smart Magnetic Keyboard + HUAWEI M-Pencil dengan tawaran harga RM2,898 (Harga Asal: RM3,197). Murah sakan weh!

Korang boleh beli peranti HUAWEI di https://shop.huawei.com/my.

2. Ulang tahun HUAWEI Online Official Store yang ke-6

Macam kami bagitau tadi, hari ini HUAWEI Online Official Store dah berusia 6 tahun tau. So, sempena meraikan ulang tahun ke-6 tahun ni, HUAWEI ada one-day celebration dengan potongan harga 16% untuk semua aksesori HUAWEI dan hadiah percuma untuk peranti Must Buy dan New Arrival!

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang untuk tebus baucar secara atas talian bernilai RM166 tau. Caranya senang je, korang cuma perlu ke HUAWEI Online Official Store dan daftar akaun! Eh, tunggu apa lagi tu? Cepat daftar kat sini.

3. Banyak ganjaran HUAWEI AppGallery!

Komen dan Menang HUAWEI P40 Pro

Bagi memeriahkan lagi kedatangan bulan Ramadan tahu ni, HUAWEI Mobile Services pula melancarkan kempen AppGallery Brings You Together This Ramadan dengan menawarkan 10 unit telefon pintar HUAWEI P40 Pro secara PERCUMA kepada pengguna! Kalau korang nak menang peranti HUAWEI P40 Pro ni, jangan lupa untuk serbu laman Facebook HUAWEI Mobile Services APAC bermula 12 tengah malam 1 Mei sehingga 31 Mei 2020 tau.

Cara nak menang mudah je, pengguna HUAWEI ID perlu berkongsi pengalaman tentang mana-mana aplikasi kegemaran korang yang dimuat turun dalam koleksi kempen AppGallery. Paling penting, jangan lupa untuk ceritakan serba sedikit kelebihan aplikasi tersebut dan bagaimana ia membantu korang sepanjang Ramadan ni tau. Nak tahu lebih lanjut tentang peraduan ni, korang klik sini.

Enjoy rebat 100% melalui pembelian dalam aplikasi Maxis dan Hotlink

Ya guys, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan mata ganjaran HUAWEI dan hadiah hebat bermula 1 April hingga 30 Jun 2020 apabila korang menukar pembelian dalam aplikasi kepada Maxis Bill atau bayar dengan menggunakan Hotlink Credit.

Bagi pembelian kali pertama, pengguna akan menerima 100% rebat* mata ganjaran HUAWEI, manakala pengguna sedia ada pula akan menikmati 2 mata ganjaran HUAWEI untuk setiap pembelian.

Lebih menarik lagi, pada setiap bulan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, seorang (1) pengguna yang layak dengan nilai pembelian terkumpul tertinggi pada bulan tersebut akan memenangi hadiah bulanan.

Nak tahu lebih lanjut tentang kempen ini, klik sini.

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Ganjaran HUAWEI Member Center

Kalau korang nak tahuu, HUAWEI Member Center adalah program penghargaan istimewa yang didedikasikan untuk pengguna mudah alih HUAWEI. Sebagai ahli VIP HUAWEI, korang boleh menebus promosi dan tawaran hebat dari rakan kongsi HUAWEI yang disenaraikan dalam HUAWEI Mobile App.

Pada bulan Mei ini, pengguna berpeluang menerima hadiah percuma dan potongan istimewa secara eksklusif dari rakan kongsi HUAWEI seperti Malaysia Airlines, Golden Screen Cinemas, Nando’s, Godiva, Baskin Robbins, Dominos’s Pizza, HealthLand, Samsonite, GNC, Health Lane dan banyak lagi.

Sebarang maklumat lanjut, klik sini.

3 bulan akses VIP PERCUMA untuk HUAWEI Video

Berita gembira buat semua pengguna baru HUAWEI, korang sebenarnya layak menebus akses VIP PERCUMA selama 3 bulan untuk HUAWEI Video di mana terdapat lebih daripada 1,000 video, drama, dokumentari dan rancangan menarik yang akan bikin korang sibuk sepanjang percutian atau waktu duduk di rumah ni.

Nak beli telefon pintar HUAWEI tapi risau bab penghantaran? Jangan susah hati sebab servis penghantaran daripada HUAWEI Express VIP sentiasa bersedia untuk bantu korang semua. Apatah lagi, HUAWEI juga menawarkan satu set HUAWEI MatePad Pro dengan Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil pada harga RM2,989.

Pengguna juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma iaitu HUAWEI M-Pencil yang bernilai RM299 supaya sesiapa sahaja boleh meningkatkan produktiviti semasa di rumah walaupun tidak keluar. Sebarang maklumat lanjut tentang promosi, ganjaran dan lebih banyak tawaran menarik daripada HUAWEI, korang boleh layari laman sesawang HUAWEI hari ini juga!

SKIP THIS AD ×