Penyanyi terkenal, Taylor Swift kelihatan malu selepas menyedari dia telah merosakkan cincin vintage dia Anugerah Muzik Video MTV 2023.
Artikel Berkaitan: Taylor Swift Terima Gelaran Doktor, Titip Pesanan Agar Graduan Buat Pilihan Tepat Dalam Kehidupan
Berlian hilang
Menerusi laporan Unilad, Taylor sedang bersedia untuk berjalan di ‘red carpet’ dengan mengenakan gaun hitam Versace yang cantik serta dihiasi dengan bling yang bernilai $160,000 (kira-kira RM749,008).
Menerusi rakaman video, kelihatan Taylor memegang barang kemas bernilai $12,000 (kira-kira RM56,181.60) dan memberikan kepada seorang pekerja dengan wajah serba salah.
Rakaman menunjukkan dia dan pasukannya melihat di sekitar kawasan Pusat Prudential New Jersey untuk mencari berlian yang hilang.
Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada dia dapat mencari berlian itu ataupun tidak. Namun, tidak kelihatan cincin itu dijarinya sewaktu dia berada di atas pentas untuk menerima anugerah dan ketika parti selepas selesai majlis tersebut.
Difahamkan, ia adalah kepingan emas daripada Van Cleef & Arpels dan merupakan cincin onyx vintage dan berlian.
Cincin itu dijual oleh Joseph Saidian & Sons dan memberikan cincin itu kepada Swift untuk VMA, pada harga $12,000.
Sesetengah orang mungkin marah kerana merosakkan barang kemas yang diberikan, namun Joseph Saidin dan Sons tidak memarahinya malah mereka memuat satu hantaran di Instagram story mengatakan tidak mengapa dan mereka memaafkannya.
Sekadar info, Taylor Swift telah memenangi sembilan anugerah daripada 11 pencalonanya dia VMA dan dia menjadi artis kedua paling banyak yang menerima anugerah dalam sejarah VMA.
Sumber: Unilad