Taylor’s University baru-baru ini berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara institusi pengajian tinggi terbaik di dunia apabila berjaya menduduki tempat ke-253 dalam QS World University Rankings 2026!

Lebih membanggakan, Taylor’s kekal sebagai universiti swasta bukan milik kerajaan tertinggi di Asia Tenggara untuk tahun kelapan berturut-turut.

Tapi korang tahu tak apa yang membuatkan Taylor’s muncul sebagai universiti yang world-class?

Lebih Dari Sekadar Belajar, Ini Maksud Sebenar Pendidikan Bertaraf Dunia Di Taylor’s!

Di Taylor’s, pendidikan bukan sekadar tentang lulus peperiksaan. Ia tentang membentuk insan yang berfikir secara kritikal, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Pelajar di sini bukan sekadar belajar untuk bekerja, tetapi untuk memimpin, mencipta perubahan dan menjadi warganegara global yang peka dan bertanggungjawab.

Kurikulum Relevan Bersesuaian Dengan Kehendak Industri – Confirm Tak Belajar Benda Lapuk!

Taylor’s bangga dengan pendekatan pembelajaran yang dinamik dan disesuaikan dengan keperluan industri. Pelajar belajar dari tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman global dan turut didedahkan dengan:

  • Kolaborasi industri & latihan praktikal
  • Projek dunia sebenar
  • Jaringan dengan pakar dan mentor profesional dari awal semester lagi

Tak hairanlah, 99.5% graduan Taylor’s dapat kerja selepas tamat pengajian (data daripada Kajian Pengesanan Graduan KPT 2024)!

Taylor’s Culinary Institute (TCI): Mewah, Eksklusif & Setaraf Michelin!

Nak tahu betapa seriusnya Taylor’s dalam mendidik chef masa depan?

Taylor’s Culinary Institute (TCI) tak main-main. Mereka betul-betul sedia bawa chef bertaraf dunia ke kampus!

  • Pelajar TCI berpeluang berguru dengan nama-nama besar seperti Michel Bras, ikon kulinari dari Perancis; Rikard Hult dan Marc Viala dari restoran berprestij L’Epicurien Albi; Franck Putelat, chef bertaraf dua bintang Michelin; serta Massimo Bottura, chef tersohor yang memegang tiga bintang Michelin.
  • Kunjungan bulanan daripada chef-chef ternama ini, termasuk program Michelin Star Series bersama The Datai Langkawi.
  • Internship? Bukan calang-calang. Pelajar dihantar ke restoran Michelin di Jepun, Perancis, Sepanyol, dan AS!

Hasilnya? Graduan TCI bukan saja mahir memasak, tapi dilatih untuk memimpin dapur, berinovasi, dan bersaing di peringkat antarabangsa.

Profesor Adjung Hebat – Termasuk Penerima Nobel!

Taylor’s juga mengangkat mutu akademik mereka dengan melantik tokoh-tokoh berpengaruh sebagai Profesor Adjung & Panel Penasihat Industri.

Paling wow, Dr José Ramos-Horta, Presiden Timor-Leste dan Penerima Hadiah Nobel Keamanan kini merupakan Profesor Adjung Kehormat untuk program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik, & Ekonomi (Kepujian) (PPE) Taylor’s. Serius hebat!

Bayangkan belajar tentang kepimpinan, diplomasi dan isu global terus daripada seorang pemimpin dunia sebenar.

Taylor’s Bukan Sekadar ‘Top University’ – Ia Adalah Laluan Menuju Masa Depan!

Menerusi segala inisiatif ini, Taylor’s University bukan hanya tempat untuk belajar. Taylor’s adalah tempat untuk berkembang, mencabar diri dan mencipta masa depan.

Tak hairanlah Taylor’s bukan saja tersenarai dalam Top 1% universiti global, malah juga Top 100 di dunia untuk reputasi majikan.

🌟 “Di Taylor’s, anda bukan saja dilatih untuk jadi pelajar cemerlang – anda diasuh untuk jadi peneraju masa depan.” 🌍

Dah bersedia nak cipta kejayaan anda sendiri? Taylor’s University mungkin titik permulaan terbaik anda.

Nak tahu lebih lanjut tentang Taylor’s dan program-programnya yang luar biasa? Layari laman web rasmi mereka dengan klik di SINI.