berita

Teater Muzikal Sirah Junjungan – Tahajjud Cinta Kini Di Tonton Cinema Sempena Maulidur Rasul

October 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Satu drama muzikal yang bertajuk Sirah Junjungan arahan pengarah terkenal, Erma Fatima mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW daripada kelahirannya sehingga sewaktu kewafatan baginda serta diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi serta Selawat bakal ditayangkan di tonton CINEMA.

Pementasan teater islam pertama di Asia Tenggara

Sirah Junjungan ini merupakan pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara memaparkan sejarah kehidupan Rasulullah SAW bersempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul.

Lebih menarik, teater muzikal islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasullullah SAW sehingga Baginda wafat. Dalam pada itu, Sirah Junjungan ini membawa para penonton menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Sirah Junjungan – Tahajjud Cinta ini dibarisi seramai 20 pelakon utama, 80 pelakon tambahan serta 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’. Terdapat juga enam orang penyanyi latar dan tiga penyanyi popular tanah air iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah dan juga Amy Search.

Saksikan di tonton CINEMA

Jangan lupa saksikan Sirah Junjungan yang disiarkan di tonton CINEMA bermula 19 Oktober 2021 dengan harga yang berpatutan iaitu RM7.90. Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.

SKIP THIS AD ×