berita

Tegur Tak Bagi Signal Je Pun….

March 31st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto : info.semasa

Akibat menegur pemandu lain di lampu isyarat, seorang lelaki dibelasah hingga tujuh gigi patah serta cedera di kepala dan tangan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu.

Dipukul menggunakan batang besi

Foto : info.semasa

Mangsa yang berusia 21 tahun, telah memandu kereta Honda S660 yang dikatakan berselisih dengan Perodua Alza. Namun, pada ketika itu, mangsa dikatakan telah menegur pemandu kenderaan bersebelahan kerana tak memberi ‘signal’ untuk masuk ke lorong laju.

Walau bagaimanapun, keadaan terbabit menjadi tak terkawal sehingga menyebabkan pemandu Perodua Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi. Suspek kemudiannya telah masuk ke dalam kenderaannya semula dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mengikut laporan yang telah diterimanya, suspek dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan dengan menggunakan batang besi berkenaan. Mangsa yang cedera telah dibantu oleh orang awam untuk dikeluarkan dari kenderaan. Dia telah menghubungi ahli keluarganya sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan kerana telah mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Sumber : Harian Metro 

SKIP THIS AD ×