berita

Teka-Teki Tentang MD 530G Milik Tentera Darat Malaysia Kini Terjawab

December 4th, 2021 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: DefenseNews

Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi kepada 6 buah Helikopter Tinjau Serangan Ringan buatan Amerika Syarikat iaitu MD 530G yang sepatutnya diterima Malaysia dalam dua fasa pada beberapa tahun lalu.

Pesawat canggih dengan kapasiti dua tempat duduk ini merupakan salah satu perancangan Tentera Darat Malaysia untuk digunakan oleh unit udara mereka Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia atau PUTD bagi urusan pelaksanaan operasi keselamatan.

Memetik keterangan Mantan Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu pada tahun 2019. Beliau mengakui memang berlaku kelewatan dalam perolehan dan ia turut diulang Menteri Kanan Pertahanan semasa, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Tetapi, punca utamanya bukanlah berpunca dari Kementerian Pertahanan atau ATM sebaliknya kerana isu teknikal berkaitan Syarikat pembuat asal atau OEM. Syarikat tersebut turut tidak mematuhi perjanjian kontrak asal supaya menghantar helikopter berkenaan mengikut masa ditetapkan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini kesemua helikopter MD 530G PUTD dikhabarkan telah siap termasuk dicat dengan corak warna TDM dan kini sedang ditempatkan di Arizona, Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, anggota PUTD juga telah berada di Arizona bagi menjalani latihan komprehensif juruterbang dan juruteknik dalam pengendalian MD 530G.

Latihan tersebut termasuklah pengendalian sistem persenjataan, penerbangan taktikal, latihan penembakan, isu penyelenggaraan enjin serta senjata.

Secara kesimpulannya, proses perolehan MD 530G sedang berjalan secara ‘berperingkat’. Ia bukanlah terbengkalai seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

SKIP THIS AD ×