
Sekarang ni, ramai orang nampak okay dekat luar. Pergi kerja macam biasa, gelak macam biasa, update media sosial macam tak ada apa-apa… tapi hakikatnya ramai sebenarnya tengah penat mentally.
Ada yang burnout sebab kerja. Ada yang terlalu lama simpan stres. Ada juga yang dah terbiasa pendam semua benda sampai rasa penat tu jadi “normal”.
Isu kesihatan mental semakin membimbangkan di Malaysia

Menurut laporan The Value of Mental Health oleh Zurich, lebih 4 juta rakyat Malaysia dijangka hidup dengan masalah kesihatan mental menjelang 2030. Malah, 4 daripada 5 individu yang mengalaminya mungkin tidak mendapatkan rawatan profesional.
Laporan sama turut menunjukkan individu dengan masalah kesihatan mental mempunyai kebarangkalian 18% lebih rendah untuk bekerja.
Di rumah pula, bebannya juga tidak kurang besar. Keluarga dan penjaga di Malaysia dijangka menyediakan lebih 123 juta jam penjagaan tidak berbayar berkaitan kesihatan mental setiap tahun menjelang 2030.
Sebab itu, Zurich mahu lebih ramai rakyat Malaysia mula peka tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mendapatkan bantuan lebih awal.
Ramai rakyat Malaysia masih belum mendapat bantuan profesional
Walaupun kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia masih berdepan pelbagai halangan untuk mendapatkan bantuan profesional.
Antara cabaran utama termasuk stigma sosial, kos rawatan, kesukaran mendapatkan diagnosis serta kapasiti pakar yang terhad.
Bila bantuan tidak diperoleh lebih awal, tekanan yang pada awalnya nampak kecil boleh menjadi semakin sukar untuk diuruskan dan mula menjejaskan kerja, keluarga serta kehidupan harian seseorang.
Sebab itu, mendapatkan sokongan dan bantuan pada peringkat awal sangat penting sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Zurich tawar perlindungan kesihatan yang lebih menyeluruh
Prihatin dengan isu yang semakin dekat dengan masyarakat hari ini, Zurich kini menekankan kepentingan kesedaran kesihatan mental dan kepentingan mendapatkan bantuan awal.
Bagi Zurich, kesejahteraan seseorang bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal semata-mata, tetapi juga emosi dan mental.
Kedua-dua Zurich MediPro Takaful dan Zurich InfiniteCare Shield menawarkan perlindungan untuk lima penyakit mental utama, iaitu:
- Kemurungan Major
- Gangguan Bipolar
- Gangguan Obsesif Kompulsif
- Skizofrenia
- Gangguan Skizoafektif
Selain perlindungan berkaitan kesihatan mental, pelan-pelan ini turut menawarkan manfaat perubatan yang menyeluruh seperti kemasukan ke hospital, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital, dialisis buah pinggang pesakit luar, serta rawatan kanser.
Sama ada anda memilih pelan perubatan berasaskan takaful atau konvensional, Zurich menyediakan pilihan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda, dengan keyakinan bahawa kesihatan mental turut diberi perhatian.
Kesihatan mental bukan isu yang patut dipendam
Sebenarnya, tak salah pun untuk mengaku kita penat.
Tak salah untuk minta bantuan.
Tak salah untuk rehat.
Dan tak salah untuk mula jaga diri sendiri sebelum keadaan jadi lebih serius.
Yang penting, jangan tunggu sampai diri sendiri terlalu penat baru nak ambil peduli tentang kesihatan mental.
Sebab dalam dunia sekarang, menjaga kesejahteraan mental bukan lagi satu pilihan, tapi satu keperluan.
Ha, kalau korang pun rasa hidup sekarang makin penuh dengan tekanan dan nak mula lebih peka tentang kepentingan menjaga kesihatan mental serta perlindungan diri, boleh check info lanjut tentang pelan kesihatan daripada Zurich Malaysia.
Mana tahu, langkah kecil hari ini boleh bantu beri ketenangan untuk diri sendiri dan orang tersayang nanti.
Manfaat-manfaat yang dibayar untuk produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur TIP PIDM di zurich.com.my atau pidm.gov.my.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

