berita

Teknologi Baru Pada Aircond Keluaran Acson Kini Lebih Canggih. Mesra Alam Pulak Tu!

September 6th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Cuaca sekarang, panasnya tak boleh bawak bincang. Kipas dah pasang sampai kelajuan maksimum pun tak puas hati. Sampaikan sekarang aircond pun jadi satu keperluan. Terdetik pulak dalam hati nak pasang aircond kat rumah.

Tapi, macam mana nak pilih aircond yang bagus dan jimat tenaga? Ramai yang kata aircond keluaran Acson ni terbaik. Artis pun ada yang pasang. Mesti ada sebab tertentu ni. Tapi siapa artis tu?

Syatilla Melvin & Izzue Islam pun pasang aircond Acson tau

https://www.instagram.com/p/B1Vh4tSFbEm/

https://www.instagram.com/p/B1FtSR_DfuE/

Rupa-rupanya Syatilla Melvin ada pasang aircond keluaran Acson ni. Izzue Islam pun tak terkecuali. Dengan #AircondkuAcsonKool, ternyata aircond keluaran Acson ni lain daripada yang lain. Kalau artis dah pasang, mesti aircond ni superb kan?

Korang nak tahu kenapa aircond keluaran Acson ni pilihan terbaik untuk rumah korang? Ni sebabnya.

Acson menggunakan Foresto Technology, lebih mesra alam!

Pencinta alam take note! Patut la artis-artis tu pasang aircond keluaran Acson. Sebenarnya, Acson menggunakan Foresto Technology yang mesra alam. Gabungan 3 teknologi iaitu fungsi Plusma, Filtronz dan refrigerant R32 mempunyai fungsi tersendiri!

Fungsi Plusma menghilangkan, mensterilkan dan membersihkan udara manakala Filtronz menapis habuk di udara. Kedua-duanya membantu supaya udara lebih sihat dan segar. Bagusnya!

Aircond keluaran Acson menggunakan refrigerant R32, gas yang baik untuk alam sekitar. Dengan Ozone Depletion Percentage (ODP) sifar, ia membantu mengekalkan perubahan iklim global. Terbaik la macam ni.

Ramai yang cakap pasang aircond ni tak bagus sebab menipiskan lapisan ozon. Bagi kami, kalau nak beli aircond, korang kena tengok teknologi yang digunakan. Kalau nak aircond yang mesra alam, Acson memang pilihan tepat la.

Untuk pengetahuan korang, Acson ada keluarkan aircond terbaru pada bulan April 2019. Dengar cerita, aircond keluaran kali ni dilengkapi teknologi terbaru yang canggih dan jimat tenaga. Nama aircond tu pun cool beb! Ni dia..

Acson perkenalkan Avory, aircond terbaru yang super canggih & mesra alam!

Avory, aircond inverter keluaran terkini daripada Acson dilengkapi dengan teknologi yang lebih canggih dan jimat tenaga. Paling penting mesra alam! Paling unik, teknologi ni belum ada lagi pada aircond lain.

iSenz+, sensor termal yang sangat canggih

Tak sangka! Avory dilengkapi teknologi iSenz+ yang boleh detect dan tahu kalau ada orang ke tak kat situ dengan menggunakan imej termal. Tak kisah la korang jalan ke, tidur ke, Avory boleh track dan halakan udara sejuk tu korang. Power wei!

Contoh, kalau dalam ruang tu ada seorang je, iSenz+ akan detect suhu orang tu dan halakan udara sejuk terus kepada dia. Kalau ada dua orang atau lebih, iSenz+ akan detect suhu orang yang paling tinggi. Lepas tu baru beralih ke orang lain. Memang canggih habis!

iSave, ciri terbaik untuk jimat tenaga elektrik di rumah

Rami yang tak nak pasang aircond sebab guna banyak elektrik. Korang yang belum kenal Avory ni boleh la cakap macam tu. Avory ni bukan setakat canggih je. Boleh jimatkan tenaga elektrik rumah korang jugak tau. Nak tahu kenapa?

Haa.. Avory ni ada ciri iSave yang mengawal penjimatan tenaga dan beri keselesaan yang terbaik untuk korang. Bila korang tekan je butang iSave tu, suhu akan disetkan secara automatik. Tak la korang guna tenaga elektrik banyak sangat kan?

Gabungan filter terbaru Catechin Green Tea & HEPA, habis habuk ditapisnya

Untuk Avory, Filtronz yang terdapat padanya menggabungkan dua filter terbaru, iaitu Catechin Green Tea dan HEPA. Bagus untuk tapis habuk yang kotor. Bukan setakat sejuk, udara pun lebih segar. Syoknya!

Jom sejukkan rumah dengan Avory, family korang confirm suka

Itu la teknologi paling unik yang ada pada Avory, aircond keluaran Acson yang terbaru ni. Dah la mesra alam, canggih pulak tu. Macam nak pasang satu je. Family korang pun mesti kagum kalau korang pasang Avory kat rumah. Fuh!

Nah admin belanja sikit video terkini daripada Acson. Patutnya sebelum raya hari tu pasang aircond ni. Tak apa. Raya tahun depan kan ada lagi!

Sebenarnya ada lagi fungsi lain yang ada pada Avory ni. Tapi takkan nak cerita semua kan? So, korang klik je laman web Acson ni kalau nak tahu lebih lanjut tentang Avory okay? Ikuti perkembangan Acson di Facebook Page Acson Malaysia. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW eh.

Jom sejukkan rumah dengan aircond keluaran Acson. Paling penting, mesra alam. Gittew.

#AircondKuAcsonKool

SKIP THIS AD ×