Sekadar gambar hiasan
Gara-gara mencurigai si isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki berusia 26 tahun di India tergamak membunuh dengan menekup wajah wanita itu hingga lemas.
Bunuh isteri sebelum pergi kerja
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan news18, suspek, Prabhunath Vishwakarma melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu pada waktu pagi pada 13 Mac lalu di Nalasopara di daerah Palghar. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian dengan selambanya pergi ke tempat kerja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Namun pada waktu petang pada hari yang sama, suspek telah datang ke balai polis bagi menyerah diri. Menurut sumber, suspek disyaki menekup wajah isterinya ketika tidur menggunakan bantal sehingga wanita itu mati kelemasan.
Suspek membunuh mangsa kerana meragui karakter isterinya. Selepas membunuh isterinya, dia sempat bekerja seperti biasa sebelum datang menyerah diri pada sebelah petang.
Menurut seorang pegawai polis di Balai Polis Palghar, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: news18, Times Of India