berita

Telefon Pintar Midrange Keluaran Xiaomi Menjadi Rebutan Dan Korang Berpeluang Menangi Baucar Bernilai RM5,000!

November 23rd, 2022 | by Alia Natasha
Kini Trending

Sekarang banyak jenama telefon pintar yang ada di pasaran menjadikan kita susah untuk buat pilihan. Min pun kadang-kadang pening nak pilih telefon pintar mana yang murah tapi masih nakkan telefon yang berkualiti.

Ha! Tapi korang jangan risau! Min nak share satu telefon pintar yang memang tip top dan ramai orang suka dan yang paling penting harga dia tak mahal tau!

Korang nak tau tak terdapat satu peranti pertengahan terbaik yang padat dengan ciri berkuasa dan berkualiti yang mempunyai harga yang berpatutan. 

Jom min share dengan lebih lanjut!

Dikenali sebagai ‘Mid-range King’ dan disukai ramai, Siri Redmi Note 11 adalah pilihan terbaik untuk korang yang dilengkapi dengan spesifikasi dan ciri yang kukuh.

Awal tahun ini, jenama telefon pintar No. 1 di Malaysia, Xiaomi, mengumumkan Siri Redmi Note 11 di Malaysia dan ia merupakan salah satu siri peranti pertengahan terbaik yang padat dengan ciri berkuasa pada harga yang menakjubkan.

Menarik kan?

Ini antara Siri Redmi Note 11:

  • Redmi Note 11
  • Redmi Note 11S
  • Redmi Note 11 Pro 
  • Redmi Note 11 Pro 5G

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio G96

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 Pro kedua-duanya dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju dengan 8GB RAM. Ini membuatkan telefon pintar Siri Redmi Note 11 ni sesuai untuk mereka yang gemar multitask sebab sesuai untuk membuat tugasan harian.

Selain itu, keempat-empat Siri Redmi Note 11 ni dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti besar iaitu 5,000 mAh yang sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sebab ia mempunyai jangka hayat bateri yang panjang.

Jadi, ia dapat bertahan walaupun pelajar mempunyai kelas sepanjang hari atau mempunyai aktiviti kokurikulum dan sebagainya!

Di samping kapasiti bateri Siri Redmi Note 11 yang besar, ia juga mempunyai pengecasan pantas yang mudah untuk korang yang tidak mahu mengambil masa yang lama untuk menunggu bateri telefon penuh.

Pengecasan Yang Pantas

Redmi Note 11 Pro mempunyai pengecasan turbo 67W tahap perdana yang mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengisi 50% bateri. Sangat sesuai untuk korang yang sentiasa rushing dan tak sempat nak cas phone tu.

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula menampilkan pengecasan pantas 33W Pro yang membolehkan korang cas telefon korang sehingga 100% dalam masa sejam. 

Laju kan pengecasan Siri Redmi Note 11 ni!

Kamera Peringkat Perdana

Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G mempunyai 108MP yang dapat menangkap gambar dan video dengan lebih jelas dan berkualiti. Sangat sesuai untuk korang pelajar-pelajar yang perlu menggunakan kamera untuk pembelajaran korang.

Ha… Untuk korang yang suka lepak malam-malam tapi susah nak tangkap gambar dan buat video sebab gelap, korang mesti suka Siri Redmi Note 11.

Memiliki julat dinamik dan prestasi warna yang tinggi, Siri Redmi dapat menghasilkan gambar dan video yang sangat baik walaupun dalam cahaya yang malap. 

Lepas ni dah tak ada masalah nak record dan tangkap gambar waktu lepak dengan kawan atau keluarga korang walaupun lighting korang tak membantu.

Untuk kamera hadapan, Siri Redmi ini memiliki 16MP yang jelas dan nampakkan selfie korang lebih natural dan cantik.

Pengalaman Pengguna Yang Lancar

Siri Redmi Note 11 meningkatkan pengalaman skrin dengan animasi yang lebih lancar dan peralihan bebas lag serta sentuhan jari yang lebih lancar ketika menaip atau meleret kerana mempunyai kadar penyegaran tinggi sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 360Hz.

Untuk korang yang selalu struggle untuk baca atau tengok phone korang sewaktu berada di bawah cahaya matahari, dengan Siri Redmi Note 11 korang tak perlu risau lagi. Bersaiz skrin 6.67-inci dan 6.43-inci, siri ni mempunyai warna dan perincian yang lebih bertenaga, sambil kekal jernih dan jelas walaupun pada waktu siang hari yang terang.

Reka bentuk badan tepi yang rata dan bergaya serta memiliki dwi pembesar suara super linear yang terletak di bahagian atas dan bawah telefon, ia dapat memberikan bunyi yang tepat untuk hiburan korang.

Menangi baucar tunai sebanyak RM5,000!

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Siri Redmi Note 11 hari ini juga! Xiaomi juga telah menganjurkan Redmi Note 11 Series Bonanza!

Sambil membeli telefon pintar, 3 pemenang bertuah juga berpeluang untuk memenangi baucar tunai sehingga RM5,000 setiap minggu dari 14 November sehingga 31 Disember ini! 

Mungkin korang antara salah seorang pemenang bertuah tersebut! Beli sekarang dari kedai Sah Xiaomi di seluruh negara!

Redmi Note 11 Series:

  • Redmi Note 11 Pro 5G , 8GB + 128GB: RM 1,299
  • Redmi Note 11 Pro, 8GB + 128GB: RM 1,149
  • Redmi Note 11S, 8GB + 128GB RM 999
  • Redmi Note 11, 6GB + 128GB RM 849

Untuk maklumat lanjut tentang Siri Redmi Note 11, boleh layari laman web rasmi Xiaomi Malaysia, Facebook, dan Instagram Xiaomi Malaysia.

SKIP THIS AD ×