berita

Telefon Pintar Ni Dikatakan Paling Popular & Laris Sampai Pratempahan Lebih RM10 Juta Seminggu. Wow!

November 16th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Sejak pelancarannya November ini di Malaysia, telefon pintar ni terus jadi sebutan dan rebutan orang ramai. Dengar cerita pada hari pelancarannya memang panjang betul orang beratur di hadapan kedai HONOR kat Sunway Pyramid tu. Semuanya sebab dah tak sabar nak dapatkan telefon pintar yang popular ni.

Eh kejap..telefon pintar apa yang hangat sangat kat pasaran ni sampai pratempahan je dah melebihi RM10 juta dalam masa seminggu! Haa..tak lain tak bukan, mestilah telefon pintar HONOR X9b 5G!

Cakap banyak pun tak guna, jom min share apa yang hebat sangat tentang HONOR X9b 5G ni!

Kekuatan dinaik taraf, melebihi had ketahanan

Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan bila membeli smartphone adalah daya ketahanannya. Jangan risau, HONOR X9b 5G ni memang tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland tau. Hebat!

Rintangan jatuh telefon pintar ini juga telah ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak. Ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda berbanding dahulu, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini.

Korang pasti berpuas hati dengan penaiktarafan Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari.

Bateri terbesar dalam segmen

Selain tahan lasak, kapasiti bateri juga penting, yelah tambah-tambah bagi yang suka selfie, ambil video dan layan media sosial tanpa henti tu. Kenalah ada bateri yang tahan lama kan.

Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dengan kenipisan 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya.

Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga 3 hari dengan penggunaan biasa. Haa..lepas ni bolehlah korang menikmati video sehingga 19 jam tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan. Bestnya!

Prestasi lebih baik dengan storan dan cipset yang dinaik taraf

Untuk pengetahuan korang, HONOR X9b 5G ni dilengkapi dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk ‘multitask’ yang lancar tanpa sebarang gangguan. Ia juga dimuatkan dengan penstoran ROM 265GB, di mana korang boleh menyimpan lebih banyak gambar atau fail penting.

Bukan itu saja, prestasi HONOR X9b 5G juga turut dinaik taraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang selalunya ada pada telefon pintar premium.  

HONOR X9b 5G juga didatangkan dengan Cipset baharu Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 yang baru diperkenalkan di Malaysia bersama Qualcomm® Kryo™ CPU dan Adreno™ GPU.

Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40% untuk prestasi GPU yang lebih laju dan 35% peningkatan kecekapan CPU, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif.

Paparan resolusi tinggi 1.5K yang melindungi mata

Korang pernah tak ada masalah sakit mata bila paparan telefon pintar beresolusi tinggi terlalu cerah? Tambah-tambah kalau guna telefon pintar di dalam gelap.

Haa..dengan HONOR X9b 5G, tiada dah masalah tu sebab ia mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci yang menawan, dengan 1.07 Bilion Warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200nits.

Ciri-ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik serta penglihatan terjamin lebih selesa kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland.

Telefon pintar serba boleh dengan Kamera Ultra Jelas 108MP

Kalau cakap pasal kamera, HONOR memang pakar! Mana taknya, HONOR X9b 5G ni hadir dengan Kamera Ultra Jelas 108MP yang mampu menghasilkan rakaman yang sangat jelas.

Dengan penderia seluas 1/1.67 inci dan aperture f/1.75, kamera ini mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Hasil fotografi korang juga akan kelihatan seperti profesional dengan tangkapan yang lancar dan tepat dengan teknologi Millisecond Capture. Fuh!

Rekaan yang menawan dan anggun!

Hebat macam mana pun sebuah telefon pintar tu, tak lengkaplah tanpa rekaan yang unik dan stylo. Betul tak?

HONOR X9b 5G ni diilhamkan dari seni ukiran halus jam tangan dan barang perhiasan mewah, serta memiliki ciri-ciri rekaan Dwi Bulatan Klasik yang ikonik.

Didatangkan dalam 3 warna pilihan iaitu Titanium Silver, Midnight Black dan Sunrise Orange, warna jingga Sunrise Orange ni memang istimewa.

Ini kerana ia dihasilkan daripada kulit vegan, memberikan sentuhan elegan kepada telefon pintar tersebut. Semestinya kulit ini bebas kesan cap jari bagi pengguna yang tidak gemar menggunakan sarung telefon pintar.

Kalau korang nak tahu, HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 beserta hadiah bernilai sehingga RM759 yang termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon putik telinga HONOR CHOICE Earbuds X5. 

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G hari ini juga di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis dan Yes.

SKIP THIS AD ×