berita

Telefon Pintar Terbaru HUAWEI Mate 30 Series Dilengkapi Teknologi Terbaik Dunia!

September 20th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Semalam, HUAWEI melancarkan secara rasmi telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI Mate 30 Series di Munich, Jerman untuk pasaran global.

Dalam acara gilang gemilang tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu memperkenalkan 3 model telefon pintar HUAWEI Mate 30 Series iaitu Mate 30, Mate 30 Pro dan Mate 30 RS (Porche Design).

Selain itu, beberapa produk HUAWEI terbaru yang lain turut diketengahkan dalam majlis yang sama. Dan sebagaimana generasi sebelum ini, HUAWEI terus gah dengan keupayaan mereka menampilkan pelbagai inovasi baru untuk kesemua perantinya.

Prestasi lagi power!

HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro masing-masing telah dikuasakan dengan cipset Kirin 990 yang bukan saja menjanjikan prestasi lebih berkuasa, tetapi ia juga jauh lebih pantas dengan ketahanan bateri lebih lama berbanding peranti yang lain. Selain menjanjikan penggunaan tenaga lebih efisien, sokongan teknologi penyejukan Graphene Film juga mampu memastikan peranti lebih cepat sejuk.

Paparan skrin yang menggoda

HUAWEI Mate 30 menyokong paparan OLED Full View Display berukuran 6.62 inci FHD+ (2340 x 1080 pixel), manakala HUAWEI Mate 30 Pro pula menampilkan rekaan skrin melengkung yang dikenali sebagai Horizon Display menggunakan panel Flex OLED berukuran 6.53 inci FHD+ (2400 x 1176 piksel). Kedua-dua model ini turut menyokong teknologi DCI-P3 HDR, Anti Blue Light dan juga Cinematic Colour.

Apa yang lagi best, HUAWEI Mate 30 Pro menampilkan rekaan takuk yang lebih lebar bagi menempatkan pelbagai sensor termasuklah Gesture Sensor, 3D Depth Camera, Ambient Light, Proximity Sensor, dan juga kamera depan beresolusi 32MP. HUAWEI Mate 30 pula tampil dengan rekaan takuk lebih kecil yang menempatkan kamera depan beresolusi 24MP.

Teknologi kamera terbaik

Keupayaan penggambaran HUAWEI Mate 30 hadir dengan sokongan tiga kamera yang terdiri daripada lensa 40MP RYYB (f/1.8, SuperSensing Wide) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide) + 8MP (f/2.4, Telephoto, OIS, 3x Optical Zoom) + Laser Focus. HUAWEI Mate 30 Pro pula tersedia dengan sokongan empat kamera dengan konfigurasi lensa 40MP RYYB (f/1.6, SuperSensing Wide, OIS) + 40MP (f/1.8, Ultra Wide Cine) + 8MP (f/2.4, Telephoto, OIS, 3x Optical Zoom) + 3D Depth Sensing (ToF).

Keupayaan rakaman video HUAWEI Mate 30 Pro juga telah dipertingkatkan dengan sokongan lensa dedikasi 40MP Cine Camera yang pertama di dunia. Melalui lensa ini, HUAWEI Mate 30 Pro berupaya merakam video berkualiti 4K 60fps, ISO sehingga 51200, menyokong efek bokeh masa-nyata, Dual OIS + AIS untuk rakaman video lebih stabil, time-lapse 4K HDR+, dan juga rakaman gerak perlahan sehingga 7680fps. Power wei!

Bateri tahan lebih lama

Dari segi bateri pula, HUAWEI Mate 30 menyokong bateri berkapasiti 4200mAh dan Mate 30 Pro pula menawarkan kapasiti bateri lebih besar mencecah 4500mAh. Proses pengecasan bateri confirm lebih pantas kerana kedua-dua model ini dilengkapi teknologi HUAWEI SuperCharge 40W, dan juga pengecasan pantas tanpa wayar mencecah sehingga 27W. Malah HUAWEI turut mengesahkan sokongan pengecasan Wireless Reverse Charge 3x lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Pilihan warna yang memukau

Dioperasikan dengan EMUI 10, Mate 30 dan Mate 30 Pro ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu Space Silver, Emerald Green, Cosmic Purple, dan Black. Selain itu, kedua-dua model ini turut diperkenalkan dalam dua edisi istimewa yang menampilkan kemasan panel belakang kulit iaitu Vegan Leather Forest Green dan juga Vegan Leather Orange.

Walau bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima sebarang pengumuman rasmi tentang pelancaran dan harga telefon pintar HUAWEI Mate 30 Series ini di pasaran Malaysia. Tunggu update seterusnya guys!

Jom tonton pelancaran rasmi global HUAWEI Mate 30 Series:

https://www.youtube.com/watch?v=BMd7ZX-eXY4

 

SKIP THIS AD ×