Pendakwah bebas PU Syed memberikan respon berhubung isu pemakaian telekung bagi kaum wanita semasa menunaikan ibadah solat.

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Zarina Anjoulie, Dakwa Promosi Maksiat Kepada Masyarakat – ‘Perbuatan Jelek & Dilarang Dalam Agama’

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed

Sah atau tidak?

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menjelaskan tentang hukum solat bagi wanita yang tidak memakai telekung.

Sah solat wanita walaupun tidak pakai telekung.

Tersebar gambar penyanyi tersohor Malaysia yang solat tanpa mengenakan telekung.

Solatnya sah asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat dengan sempurna.

Menurut PU Syed, telekung adalah pakaian bagi memudahkan kaum Hawa menutup aurat dan menegaskan bahawa ia bukan syarat sah solat.

Telekung hanyalah pakaian adat untuk memudahkan penutupan aurat, bukan syarat sah solat. 

Syarat utamanya (sah solat) ialah pakaian tersebut longgar, tidak jarang, tidak menampakkan bentuk tubuh, dan menutupi seluruh aurat (selain muka dan pergelangan tangan).

Jangan cepat menghukum, utamakan ilmu sebelum emosi.

Terdahulu, tular foto Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendirikan solat dengan hanya memakai jubah telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sumber: IG PU Syed