berita

Power Rangers, The Flash & Superman ‘Datang’ Wedding Peminat Fanatik Cosplay Malaysia

October 23rd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Selepas 9 tahun mengenali satu-sama lain, akhirnya pasangan ini berjaya merealisasikan impian perkahwinan bertemakan cosplay. Razziah yang merupakan pereka grafik memilih kimono sebagai baju persandingannya kerana minat yang mendalam terhadap dunia cosplay.

Pasangan yang bekerja di jabatan yang sama di Star Media Group, Petaling Jaya, Selangor, ini bersanding di balai masyarakat di Batu Muda, Kuala Lumpur. Empat kawan mereka yang menghadiri majlis perkahwinan itu turut memakai kostum adiwara dari The Flash, Superman dan Power Rangers. Memang unik betul!

Mengekalkan aspek tradisional perkahwinan Melayu

Kami mengekalkan beberapa aspek tradisional perkahwinan Melayu seperti bersanding dan merenjis tepung tawar (upacara berkat).

Saya suka idea unik ini, ia sangat berbeza daripada kebanyakan majlis perkahwinan yang saya hadiri sebelum ini. Saya gembira kerana semua hadirin gembira dapat selfie dengan watak kegemaran mereka.

Pasangan ini diiringan dengan paluan kompang ketika masuk ke dalam dewan persandingan. Kedua-dua keluarga mereka dapat menerima tema perkahwinan ini dengan terbuka dan menganggap ianya ‘out-of-the-box‘.

Gabung dua tradisi dalam satu gaun

Bahagian atas gaun pengantin itu merupakan kimono (pakaian tradisional Jepun), lengkap dengan obi (sash untuk pakaian tradisional Jepun), sementara bahagian bawah bertemakan barat (gaun moden)

Saya yang merancang dan mereka sendiri gaun itu dalam masa sebulan. Suami saya memakai pakaian berwarna silver.

Menurutnya lagi, warna tema perkahwinan yang dipilih merupakan warna kegemarannya. Menggabungkan dua tradisi dalam satu pakaian, menjadikan gaun pengantin ini sangat unik.

Hobi yang sama

Razziah merupakan peminat cosplay semenjak tahun 2010. Adik perempuannya dan bridemaid (kawan baik) turut mempunyai hobi yang sama. Difahamkan perkenalan Razziah dan suami, Izwan adalah melalui bridemaid nya itu.

Pada awalnya, mereka berkomunikasi melalui MySpace sebelum ke jinjang pelamin. Selepas mengenali Razziah, suaminya itu juga tertarik dengan cosplay, dan memutuskan untuk menyertai kumpulan cosplaynya bernama Team Blood.

Diwaktu masa lapang, dia dan ahli kumpulannya terlibat dalam cosplay di mana mereka berpakaian watak kegemaran mereka dari animasi Jepun. Dari 2010, mereka telah menghadiri Komik Fiesta tahunan, komik animasi, komik dan konvensyen permainan utama Malaysia yang diadakan di KLCC setiap bulan Disember.

Ahli-ahli kumpulan mereka juga turut bertemu untuk mereka kostum sendiri serta menjahitnya. Mereka akan memakai cosplay dan  menggayakan watak anime kegemaran mereka. Perjumpaan mereka akan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

Sumber : Star2

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×