berita

Teman Insan Tersayang Bertarung Nyawa, Tajul Insaf & Akan Lebih Hargai Isteri

November 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Tajul mengumumkan bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nurul Shamieza Eddie sejak dua tahun lalu selepas sekian lama mengunci mulut. Terbaru, khabar gembira sekali lagi diterima dari penyanyi itu apabila dia memaklumkan tentang kelahiran cahaya mata pertamanya kepada umum.

Alhamdulillah

https://www.instagram.com/p/B49BVgAnkWM/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi laman Instagram, Tajul memberitahu isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama sebagai Adriana Carissa pada 11.56 malam, 16 November lalu.

Dalam entri yang sama, penyanyi berusia 21 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka, malah turut memberikan penghargaan kepada isteri tersayangnya yang telah selamat melahirkan anak mereka.

Rasa insaf

Sementara itu, Tajul menerusi laporan Harian Metro memaklumkan puteri sulungnya itu telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.

Bapa muda itu berkata, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik lebih-lebih lagi ketika melihat saat isterinya berjuang melahirkan anak mereka sehingga telah menimbulkan rasa insaf dalam dirinya.

Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.

Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.

Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita

Tajul dalam pada itu berkata, jika tiada sebarang masalah, isterinya dijangka pulang ke rumah pada hari ini.

Sumber: Harian Metro, Instagram Tajul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×