berita

Teman Lelaki Bawa Kucing Ketika Upacara Pemakaman, Baju Terakhir Tangmo Nida Tarik Perhatian Netizen – ‘Macam Bidadari’

May 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kes kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen. Namun selepas tiga bulan ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati, akhirnya upacara pemakaman pelakon terbabit selesai dijalankan di Gereja Metodis Rangsit pada Selasa lalu.

Artikel berkaitan : Polis Sahkan Tangmo Nida Mati Bukan Dibunuh, 6 Individu Terlibat Didakwa

Artikel berkaitan : Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Artikel berkaitan : Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial

Bird bawa kucing Tangmo

@bbiervella18 #Tangmo bf #bird bring her beloved cat to meet her for the last time? #RipTangmo #justicefortangmo ? ???????????? – ? ?????? ???? ? – ???b???

Ketika upacara pemakaman turut kelihatan keluarga, rakan rapat dan teman lelaki Tangmo iaitu Bird hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Paling sedih meratapi kehilangan insan tersayang adalah Bird yang baru sahaja ingin menikmati kebahagiaan selepas tujuh tahun mengejar cinta Tangmo.

Dalam pada itu, Bird sempat membawa kucing-kucing kesayangan Tangmo untuk melihat tuannya buat kali terakhir. Kucing-kucing tersebut dibawa bersebelahan keranda pelakon berusia 38 tahun itu.

Rata-rata warganet turut berasa sedih melihat kucing-kucingnya itu dapat melihat tuannya buat kali terakhir. Malah ada juga yang turut berasa simpati dengan Bird kerana kehilangan orang tersayang.

Kesian Bird dan Tangmo jugak. Harap ada keadilan untuk Tangmo.

Kucing boleh hidu bau tuan dia. Dia ada 7 sense memang tau itu mama Mo. Aku menangis teruk ni.

Betul lah Tangmo dah tak ada. Kucing dia pun tahu.

Baju terakhir yang dipakai Tangmo

@bbiervella18 #Tangmo in white dress..She will become a guardian angel? for her love one #bird.. #RipTangmo #justicefortangmo ? ? ?? – ???

Bukan itu sahaja, baju dress labuh yang dipakai oleh mendiang Tangmo buat kali terakhir turut menjadi perhatian warganet.

Difahamkan, baju berwarna putih itu dipilih oleh ibunya, Panida Siriyuthayothin yang diambil dari rumah Tangmo.

Baju putih Tangmo macam bidadari.

Sumber : Rvella Vera Albert

SKIP THIS AD ×