berita

Teman Lelaki ‘Tulang Belakang’ Aya Amiruddin – ‘Dia Kata Saya Ada Barang & Kelakar’

July 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Personaliti media sosial, Aya Amiruddin berkata teman lelaki adalah salah seorang yang memberi semangat dan menyokongnya sehingga ke hari ini.

Kelakar

Menerusi rakaman video bersama Hlive, Aya berkata sokongan yang diberikan oleh teman lelakinya sepanjang perkenalan mereka berjaya membuatkan dirinya sampai ke tahap ini.

Sebenarnya dia yang push siapa Aya Amiruddin yang sekarang. Dia tulang belakang saya dan dia antara punca saya jadi diri saya sekrang ini. Dia kata saya ada barang dan kelakar. Oleh sebab itu, dia suruh saya buat sesuatu. Masa saya nak naik, mesti kena ada ramai orang di belakang. Itu yang saya perlukan kalau nak buat sesuatu.

Disoal sama ada teman lelaki Aya akan menghasilkan konten ataupun tidak nanti, gadis kacukan Afika-Malaysia ini berkata  Sleem sudah berjinak-jinak ke arah tersebut. Bahkan, ada segelintir video Aya turut terlihat wajahnya.

Sumber: Hlive

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×