berita

Rumahtangga Ani Mayuni Bahagia

October 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai isu rumah tangga Ani Mayuni yang sebelum ini pernah bergolak. Dunia hiburan telah dikejutkan dengan kes Ani dipukul oleh suaminya tetapi Ani mengambil langkah terbaik iaitu menyelamatkan rumahtangganya. Namun selepas isu itu berlalu, OHBULAN! sendiri tertanya-tanya kemanakah perginya Ani Mayuni?

Selepas lama tidak muncul di dada-dada media, Ani Mayuni telah ditemui di lokasi penggambaran filem “Balun” yang dibintangi oleh Izara Aishah, Beto Kusyairy, Reen Rahim dan juga Dato’ Eizlan Yusof bertempat di Batu Kurau, Perak.

Kesempatan ini telah diambil OHBULAN! untuk menemubual penyanyi yang popular dengan lagu-lagu dangdut ini.

Terkejut dengan kehadiran media yang mahu menemubual dirinya, Ani Mayuni pantas menjelaskan bahawa dia datang ke lokasi hanya sekadar untuk menemani suaminya yang dilantik sebagai pengarah muzik.

Dia juga turut memberitahu bahawa kini dia dan keluarganya hidup bahagia dan tidak mengalami apa-apa masalah.

“Sebenarnya, saya hanya menemani suami saya yang dilantik sebagai pengarah muzik untuk filem ini saja. Semuanya dah OK,” ujar Ani memulakan perbualan.

Ani Mayuni menjelaskan kehilangannya selama ini kerana dia sibuk memenuhi undangan-undangan untuk membuat persembahan.

“Ani banyak melakukan persembahan dan penghujung bulan Oktober ini pun ada jemputan ‘Dangdut Night’ di Johor Bahru.

“Dangdut masih ada permintaan diluar sana. Ada juga hikmahnya apabila radio tidak memainkan lagu-lagu dangdut. Disebabkan kurang lagu sebegini di radio, saya pula yang selalu mendapat jemputan persembahan,” tambah Ani lagi.

Baguslah kalau begitu, OHBULAN! turut gembira mendengar berita baik ini. Semoga Ani Mayuni dan keluarga hidup bahagia ke akhir hayat.

SKIP THIS AD ×