berita

Tembak Diri Sendiri Ketika Siaran Langsung, Ini Punca Kematian Penyampai Berita Christine Chubbuck

October 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pada tahun 1974, masyarakat di Amerika Syarikat digemparkan dengan sebuah insiden apabila seorang penyampai berita, Christine Chubbuck, bunuh diri ketika sedang bersiaran secara langsung di televisyen.

Pelbagai teori kematian telah dikaitkan dengan kematian Christine dan pengarah filem, Antonio Campos telah menjadikan kisah Christine sebagai sebuah filem pada tahun 2016. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom baca!

Siapa Christine Chubbuck?

Christine Chubbuck dilahirkan di Hudson, Ohio, Amerika Syarikat, pada 24 Ogos 1944. Dia merupakan anak kepada pasangan Margaretha D “Peg” dan George Fairbanks Chubbuck. Christine merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Dia juga mempunyai seorang abang dan adik iaitu Timothy dan Greg.

Namun, siapa sangka hubungan ibu dan bapanya berakhir dengan perceraian semasa mereka sedang meningkat dewasa. Christine dan adiknya Greg, menetap bersama ibu. Manakala, abangnya iaitu Timothy dijaga oleh ayahnya. Christine mendapat pendidikan awal di Laurel School for Girls yang terletak di pinggir bandar Cleveland. Kemudian, dia menyambung pengajian di Miami University di Oxford. Di universiti, Christine mengambil jurusan seni teater.

Selesai menamatkan pengajian di Miami Univeristy, Christine kemudian menyambung pengajian di Endicott College. Di samping itu, dia turut memperoleh ijazah dalam bidang penyiaran ketika belajar di Boston University. Selesai menamatkan kesemua pengajian pada tahun 1965, Christine telah mengambil keputusan untuk menjadi wartawan dan penyampai berita.

Kerjaya awal

Christine memulakan kerjayanya pada tahun 1966 dengan ‘WVIZ’ di Cleveland. Dia sempat bekerja di ‘WVIZ’ selama setahun sebelum menghadiri sebuah bengkel radio dan televisyen di New York University pada tahun 1967. Pada tahun 1967, dia bekerja di ‘WQED-TV’ di Pittsburgh, Pennsylvania, sebagai pembantu penerbit untuk dua rancangan tempatan. Pada masa yang sama, dia juga bekerja di Canton, Ohio, untuk projek lain.

Pada tahun 1968, dia bekerja sebagai pengendali komputer hospital dan di sebuah firma TV di Florida. Kadang-kadang, dia juga menjadi sukarelawan di Sarasota Memorial Hospital, di mana dia mengadakan pertunjukan boneka untuk anak-anak yang mengalami masalah pembelajaran. Dia bekerja di jabatan lalu lintas ‘WTOG’ di St. Petersburg, Florida, ketika dia berehat di afiliasi ‘ABC’ ‘WXLT-TV’ iaitu ‘WWSB’ sekarang.

Setelah enam tahun berjuang mencari pekerjaan yang tetap dan stabil, Christine akhirnya ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan potensinya. Dia gembira bekerja sebagai wartawan di ‘WXLY-TV.’ Pada mulanya, pemilik saluran tersebut iaitu Bob Nelson mengambilnya sebagai wartawan kontrak. Namun, dedikasinya terhadap bidang wartawan sangat tinggi, Bob telah melantiknya sebagai pengacara utama sebuah rancangan bual bicara hal ehwal semasa iaitu ‘Suncoast Digest’.

Rancangan yang bersiaran secara langsung pada pukul 9 pagi ini akan membincangkan isu masyarakat tempatan dan aktiviti mereka. Sebagai contoh, isu penyalahgunaan dadah, ketagihan alkohol, dan topik pantang larang. Sepanjang tempoh bekerja, Christine sangat meminati kerjayanya. Bahkan, dia turut mengundang beberapa tetamu kenamaan untuk rancangannya itu.

Bunuh diri

Pada 15 Julai 1974, ‘Suncoast Digest’ akan bersiaran secara langsung di televisyen pada waktu yang telah dijadualkan. Seperti biasa ,Christine telah tampil di ‘Channel 40,’ stesen TV Florida bagi menyampai berita mengenai isu tempatan. Namun, pagi tersebut ternyata berbeza kerana kesemu krew terkejut apabila Christine membuat keputusan untuk membaca berita terlebih dahulu sebelum mengendalikan rancangan ‘Suncoast Digest’. Disebabkan Christine seorang yang berpengalaman dan mempunyai bakat, pihak stesen TV tersebut telah memberi kebenaran buat dirinya untuk membaca tiga berita nasional.

Antara berita utama pada hari tersebut ialah insiden tembak menembak yang berlaku di sebuah restoran ‘Beef & Bottle’. Semasa tayangan video mengenai kejadian tembak menembak sedang ditunjukkan kepada penonton, Christine secara tiba-tiba mengangkat bahunya serta merapikan rambutnya. Dia juga bercakap sesuatu dengan nada yang perlahan iaitu ‘In keeping with ‘Channel 40’s policy of bringing you the latest in ‘blood and guts,’ and in living color, you are going to see another first—attempted suicide’. Christine turut tersenyum dan matanya sentiasa menatap kamera yang sedang merakamnya.

Setelah selesai membaca berita tersebut, Christine secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol jenis revolver 38 dari begnya dan lantas menembak dirinya. Pistol tersebut diacu betul-betul di belakang telinga kanannya ketika siaran langsung di televisyen masih belum ditamatkan. Ribuan penonton di Amerika Syarikat sempat melihat insiden tersebut. Christine kemudia terjatuh dan terbaring di atas lantai. Pengarah teknikal yang mengendalikan siaran berita tersebut terus memaparkan keterangan bahawa telah terjadi gangguan teknikal dan siaran televisyen menjadi hitam.

Keadaan pada masa tersebut sangat kelam kabut. Semua penonton yang menyaksikan berita nasional itu telah menelefon pihak polis dan memaklumkan mengenai kejadian yang mereka nampak. Malah, ada juga yang menelefon stesen televisyen tersebut bagi mendapatkan kepastian. Beberapa minit selepas itu, seorang penyampai berita yang lain telah mengambil alih tugas Christine. Penyampai berita itu mengumumkan bahawa Christine telah dikejarkan ke hospital. Setelah 14 jam berada di Sarosota Memorial Hospital, christine dilaporkan meninggal dunia.

Sebab bunuh diri

Menurut Sarasota Herald Tribune, Christine menyimpan ‘kebencian’ terhadap stesen televisyen tempat dia bekerja. Christine menganggap agensi penyiaran tersebut hanya cenderung pada berita ‘ganas’ demi menaikkan ranting. Di samping itu, terdapat juga laporan yang menyatakan Christine sudah lama ingin membunuh diri disebabkan penyalahgunaan dadah.

Ahli keluarganya turut mengetahui bahawa Christine mempunyai masalah kemurungan yang sangat teruk sehingga mempunyai hasrat untuk meninggal dunia. Namun, dia tidak berkongsi mengenai keputusannya untuk melakukan tindakan seperti itu. Ibu bapanya juga memberitahu bahawa anaknya tidak dapat berhubung dengan beberapa individu kerana tidak mempunyai data mengenai individu tersebut.

Abang Christine juga mendedahkan bahawa adiknya itu pernah kecewa dan kehilangan insan yang disayangi dalam hidupnya. Salah seorang teman lelaki kakaknya meninggal semasa terlibat dalam kemalangan. Terdapat juga rekod di mana adiknya berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan rawatan. Menjadi anak dara pada usia 29 tahun dan kehilangan orang yang disayangi merupakan faktor Christine murung dan bertindak di luar jangkaan.

Sumber: The Famous People

SKIP THIS AD ×