berita

‘Tembak Sampai Mati!’ – Presiden Manila Arah Tembak Rakyat Degil Ingkar Perintah Berkurung

April 2nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Wabak Covid-19 yang melanda dunia ini bukanlah perkara yang remeh kerana sehingga ke hari ini sudah meragut 42 ribu orang secara keseluruhannya. Negara yang paling terkesan teruk tatkala ini ialah negara Italy yang meragut hampir 12 ribu orang kes kematian dengan ratusan kes positif setiap hari.

Terbaru, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran kepada rakyatnya agar mematuhi amaran ‘lockdown’ ini agar negara mereka dapat membendung wabak ini dari menjadi semakin teruk. Jika didapati bersama, mereka akan dikenakan tindakan tindakan berat iaitu tembakan maut. Fuh seram!

Lebih baik matikan kamu!

Dalam sebuah berita yang disiarkan di televisyen, Duterte berkata adalah penting semua orang bekerjasama dan mengikuti langkah kuarantin rumah, kerana pihak berkuasa cuba untuk memperlambat penularan dan melepaskan sistem kesihatan negara yang rapuh daripada menjadi makin gawat.

Sehingga kini, Filipina telah mencatatkan 2,311 kes positif dan 96 kematian koronavirus. Sehingga kini, Filipina telah mencatatkan 2,311 kes positif Covid-19 dan 96 kematian. Dalam tiga minggu yang lalu, ratusan jangkitan dilaporkan setiap hari.

Ia semakin teruk. Sekali lagi saya ingin tegaskan masalah ini semakin teruk dan anda semua kena dengar! Pesanan saya kepada polis dan tentera, jika mereka melanggar arahan dan melawan balik sehingga boleh menyebabkan kamu berada dalam bahaya, tembak mati mereka!

Faham tak? Daripada menyusahkan, lebih saya matikan sahaja kamu!

Tidak akan tembak sebarangan

Kes ini berlaku apabila laporan media mengatakan segelintir rakyat penduduk miskin di Manila membuat protes tentang bantuan makanan diberi kerajaan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, mereka semua sudah ditangkap pada ari Rabu lalu. Dalam pada itu, mengikut pegawai-pegawai perubatan yang mengendalikan wabak ini, mereka turut terkesan kerana mengalami penderaan fizikal dan diskriminasi.

Selain itu, hal ini menyebabkan ada aktivis Manila mendakwa presiden Manila itu mencetuskan keganasan kepada orang ramai seperti yang ditunjukkan dalam perangnya mengenai dadah di mana polis dan lelaki bersenjata telah membunuh beribu-ribu orang yang dituduh menggunakan atau menjual dadah.

Polis mengatakan tindakan mereka dalam kempen anti-dadah adalah sah. Namun bagi kes wabak Koronavirus ini, mereka menegaskan ianya hanyalah sekadar amaran untuk memberitahu tahap serius permasalahan ini pada dunia hari ini. Polis Manila menegaskan tidak akan menembak sebarang orang.

Sumber : Usnews