berita

Tempah Khidmat Pelacur, Sekali Isteri Sendiri Datang..Bila Tahu, Habis Isteri Dibelasah Teruk!

February 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki yang menempah khidmat pelacur bertukar menjadi satu momen yang tidak dilupakan apabila mendapati pekerja seks yang tiba di biliknya itu merupakan isterinya sendiri.

Langgan pelacur, isteri yang datang

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di China itu bermula selepas si suami, Zhang terlihat satu risalah khidmat seks yang diselitkan di bawah pintu bilik hotelnya. Dia yang mahu menggunakan khidmat seks itu kemudian menghubungi nombor yang tertera pada risalah tersebut dan tidak lama selepas itu, seorang wanita tiba di biliknya.

Setibanya di bilik dan melihat wajah Zhang, wanita terbabit cuba melarikan diri namun berjaya dihalang. Alangkah terkejutnya apabila melihat pekerja seks itu sebenarnya isterinya.

Tidak dapat mengawal emosi, Zhang bertindak agresif dengan menghempas isterinya itu ke lantai sebelum menendang dan menumbuknya. Mangsa yang menjerit kesakitan akhirnya berjaya diselamatkan selepas pekerja hotel menghubungi polis.

Difahamkan, Zhang sudah beberapa tahun tidak tinggal sebumbung dengan keluarganya disebabkan urusan kerja manakala si isteri tinggal di rumah bersama anak-anaknya. Seminggu sebelum Tahun Baru Cina, Zhang telah meminta cuti dan bercadang untuk bertemu isteri dan anak-anaknya. Dia kemudian menempah satu hotel berdekatan rumah keluarganya dan ketika itu lah, segala-galanya terbongkar.

Menurut sumber, Zhang tahu bahawa isterinya itu mencari pendapatan sampingan pada waktu malam namun tidak mengetahui apakah pekerjaan yang dilakukannya.

Sumber: Weirdkaya, Dimsum Daily,

SKIP THIS AD ×