berita

Hanya RM154 Sehala, Ini Sebab Anda Perlu Melancong Ke Tianjin, Bandar Unik Ala Eropah

November 16th, 2018 | by Arini Saleh
Travelogue

Tianjin China, salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang mahukan ketenangan. Terletak kira-kira 120km daripada Beijing, bandar ini boleh dikatakan unik kerana mempunyai pengaruh Eropah seperti Itali.

Sangat sesuai untuk one day trip, Nur Masyitah Atiqah berkongsi pengalaman selama sehari berada di Tianjin. Enjoy!

Tiket Tianjin dari KL serendah RM154 sehala

Tianjin, China – Ke Tianjinkah Kita?

Rasanya ramai pengguna tegar Air Asia yang aware, baru-baru ni, Air Asia telah membuka semula laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, China bermula 2 Disember 2018 ni. Sebenarnya, sebelum ni Air Asia pernah terbang ke Tianjin, tapi route ni dihentikan pada tahun 2012 dan Air Asia buka pula route ke Beijing.

Disebabkan masih lagi dikira route baharu, maka, tiket ke Tianjin dari Kuala Lumpur boleh diperolehi serendah RM154 sehala (masih ada promosi harga ni di website Air Asia untuk tarikh tertentu. Tadi saya tengok, tarikh 4, 5, 19, 20 disember 2018 masih ada tiket harga RM154)

Mungkin ramai yang tak familiar dengan Tianjin, dan tak berminat pun dengan Tianjin. Sebaliknya lebih berminat dengan tempat-tempat lain di China, seperti Beijing, Guangzhou, Xi’an, Chengdu, Guilin, Kunming, dan Shanghai.

Saya pun tak tahu kewujudan Tianjin ni, sehinggalah semasa merancang trip Beijing-Harbin tahun lepas, seorang kawan Korea yang belajar di Beijing, mencadangkan kepada saya untuk singgah dan pergi ke Tianjin. Katanya, Tianjin ni dekat dengan Beijing & unik sebab banyak pengaruh Eropah seperti Itali.

Jadi, saya buat sedikit research tentang Tianjin, dan mendapati yang Tianjin ni nampak agak menarik. Jadi, saya tambahkan Tianjin sebagai salah satu lokasi trip.

Tianjin ni sebuah bandar yang terletak kira-kira 120km dari Beijing. Nak ke Tianjin ni sebenarnya sangat senang. Boleh naik bullet train dari Beijing South Railway Station ke Tianjin Railway Station dengan kos sebanyak RMB54.50 (lebih kurang RM34 untuk kadar tukaran RMB-MYR waktu tu) untuk perjalanan selama 35 minit. Untuk harga ini, seat yang saya dapat adalah 2nd class seat, seat empuk biasa tapi selesa.

Kekerapan bullet train ulang alik Beijing-Tianjin adalah setiap setengah jam. Kalau nak merasa naik bullet train, memang berbaloi naik bullet train kat China ni. Kelajuan maksima bullet train masa kami naik adalah 295km/h.

Walaupun tak selaju dan sehebat Shinkansen di Jepun tu, tapi, untuk harga tiket macam ni, sangat-sangat berbaloi. Excited juga masa naik bullet train ni, sebab train ni sangat laju tapi stabil. Langsung tak bergoyang dan rasanya kalau buat coin stability test, confirm syiling tu tetap di tempatnya tanpa beralih hehe

Jangan risau, inshaAllah selamat walaupun buatan China hewhew.

Apa yang menarik di Tianjin?

Apa yang menarik tentang Tianjin ni?

Tianjin sangat sesuai untuk one day trip. Jadi, memang boleh je nak selit trip sehari ke Tianjin untuk trip ke Beijing. Pergi awal pagi, balik petang atau malam.

Antara tempat menarik di Tianjin yang kami sempat pergi adalah :

Haihe River (depan Tianjin Railway Station)
The Century Clock of Tianjin (signature of Tianjin, depan Jiefang Bridge, dekat je dengan Tianjin Railway Station)
Jiefang Bridge (depan Railway Station, seberang je jambatan ni nanti dah boleh jalan untuk ke Subway Station atau jalan kaki ke Italian Style Town. Seberang jambatan ni pun ada restoran halal)
Italian Style Town / Marco Polo Square (kawasan bandar kecil yang bertemakan Itali. Serius kat sini cantik-cantik bangunannya, boleh melepak kat mana-mana coffee shop yang stylo, atau beli souvenir comel-comel)
Wudadao / 5th Avenue (kat sini kami sempat lepak sekejap kat Minyuan Stadium, sekali tengok tempat ni macam ala-ala Coloseum kat Rome tu)
Ancient Culture Street / Guwenhuajie (more to shopping macam Chow Kit)
Tianjin Eyes

Boleh acah-acah travel ke Europe

Lain-lain tempat yang boleh disinggah :
Porcelain House 
Grand Mosque Tianjin
Former Residence of Sun Dianying
Tianjin Library (yang viral dan famous tu, tapi agak jauh dalam 3 jam perjalanan dari bandar Tianjin)

Semua tempat ni ada yang berdekatan antara satu sama lain, ada juga yang agak jauh dan kena naik bas, subway, atau berjalan kaki. Part ni boleh study sikit nombor bas dan stesen atau line subway yang nak dinaiki.

Saya sangat recommend untuk melawat Tianjin. Untuk yang suka tengok bangunan cantik, suka dengan Europe ambience, Tianjin ni memang sangat sesuai. Bolehlah acah-acah travel ke Europe 

Untuk Muslim, jangan risau sebab makanan halal kat Tianjin pun senang jumpa. Dekat kawasan luar Tianjin Railway Station ada satu restoran halal.

Kalau nak ke Beijing tapi tiket mahal, bolehlah check tiket ke Tianjin dan beli je kalau murah. Jadikan Tianjin sebagai pintu masuk ke Beijing.

p/s : satu je perkara yang saya rasakan kontra untuk Tianjin, iaitu jerebu. Waktu saya pergi, jerebu agak teruk & jarak pandangan tu sangat minima. Tapi bila ambil gambar, nampak je bangunan yang dekat. Yang jauh-jauh tu, nyaris hilang dari pandangan ?

#syitatraveluscious
#syitajalanchina

Sumber : Nur Masyita Atiqah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×