berita

Tempias Taufan Lekima Di Negeri Utara Mengundang Persoalan, Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

August 22nd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Hangpa semua baik-baik ka?

Pada 9 Ogos 2019, Malaysia dikejutkan dengan ribut petir dan angin yang kuat di kawasan utara Semenanjung. Kejadian kira-kira jam 8 malam pada hari Jumaat itu menghempas beberapa kawasan antaranya di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Masa tu, semua orang tengah busy untuk persiapan Hari Raya Haji. Orang-orang di kawasan utara Semenanjung Malaysia terkena musibah pulak. Kesiannya. Macam mana boleh tiba-tiba datang ribut kuat macam tu ya?

Tempias taufan Lekima yang melanda di timur China

Korang tahu tak Taufan Lekima ni apa? Taufan super ni dikenali sebagai taufan Hanna di Filipina. Ia merupakan taufan ke-9 dalam tahun 2019. Taufan Lekima yang melanda di China ni menyebabkan kerosakan yang meluas di Kepulauan Ryukyu, Taiwan dan timur China.

Kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air adalah disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China. Patut la Malaysia pun kena tempiasnya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jailan Simon mengatakan fenomena garis badai terjadi kerana ada tumpuan angin di selatan Thailand. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan terkena beberapa kawasan utara Semenanjung Malaysia. Kelajuan kira-kira 100km/j. Lajunya!

Banyak pihak turun padang untuk bantu mangsa

Tempias Taufan Lekima mengakibatkan banyak kerosakan infrastruktur. Bukan rumah je, 329 sekolah dan Institusi Pendidikan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu turut mengalami kerosakan. Sedih!

Bayangkan suasana yang kelam kabut, sampaikan bekalan elektrik pun terganggu. Dah la rumah habis ranap, elektrik pulak takde. Pihak kerajaan sangat prihatin dengan tragedi ni, sebab tu diorang terus ambil tindakan segera!

Bukan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) je yang ambil bahagian. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan majlis-majlis tempatan pun terlibat. Bagusnya!

TNB bertungkus-lumus pulihkan bekalan elektrik di kawasan terjejas

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun tak ketinggalan membantu dalam tragedi ribut petir di negeri-negeri utara tanah air. Maklum la tenaga elektrik ni satu keperluan yang penting. Kalau sehari takde elektrik pun dah gelisah, apatah lagi kalau berhari-hari.

Pihak TNB telah bertungkus-lumus memulihkan bekalan elektrik di kawasan terjejas. Dari pagi sampai malam pun diorang buat kerja. Tabik spring beb!

Sabar & bersyukur dengan bantuan yang diberi

Tragedi ribut petir dan angin kuat di kawasan utara Semenanjung Malaysia ni sedikit sebanyak mengajar kita erti bersyukur. Bantuan daripada pelbagai pihak tak putus-putus. Ada je pihak yang datang untuk bantu mangsa.

Mungkin bantuan yang diterima itu tak seberapa, namun ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. Lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku sebelum Hari Raya Haji. Bayangkan mereka yang dah buat pelbagai persiapan, tapi musnah macam tu je. Kasihannya.

Cuasa sekarang memang susah nak predict. Senarai nombor telefon Hotline yang penting mestilah disimpan untuk kecemasan.

Polis/Hospital/Bomba & Penyelamat/Pertahanan Awam (APM): 999
Gangguan Bekalan Elektrik: Telefon atau SMS 15454. Facebook TNB Careline

SKIP THIS AD ×