berita

‘Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April’ – Perdana Menteri

March 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanaan sejak 18 Mac lalu dan dijangka bakal berakhir pada 31 Mac ini. Namun, ekoran kes wabak Covid-19 ini dilihat semakin meningkat naik, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh PKP sehingga 14 April 2020. Pengumuman lanjutan tempoh PKP ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu sidang media khas sebentar td.

Tempoh PKP dilanjutkan

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.

Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya.Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.

Menurut beliau, tempoh lanjutan PKP dibuat kerajaan kerana ingin membendung keseluruhan kes positif Covid-19. Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Oleh hal demikian, pihak kerajaan terpaksa mengambil langkah melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020 dan berharap tiada penambahan kes baru serta isu wabak ini dapat diselesaikan.

Sidang media khas PM

https://www.youtube.com/watch?v=HZXlNEltX64&t=2s

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×