berita

Temui Perkampungan Misteri Dalam Hutan, Lelaki Dakwa Lokasi Sebenar Filem ‘KKN Di Desa Penari’

May 17th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebuah filem seram bertajuk KKN Di Desa Penari menjadi trending di Indonesia dan Malaysia kerana dipercayai filem berkenaan diadaptasi daripada kisah sebenar kisah pelajar yang masuk ke perkampungan misteri. Namun, apa yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penonton adalah lokasi penggambarannya.

Tular foto lokasi sebenar Desa Penari

Pelbagai persoalan yang timbul dalam kalangan penonton antaranya adalah di manakah sebenarnya lokasi penggambaran terbabit? Adakah lokasi yang sebenar ataupun tidak?

Baru-baru ini, sebuah foto memaparkan beberapa rumah misteri yang dipercayai adalah lokasi sebenar dalam filem terbabit menjadi tular di media sosial. Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa lokasi sebenar penggambaran filem tersebut dijalankan di sebuah perkampungan di daerah Banyuwangi yang terletak di kawasan timur dari Pulau Jawa, Indonesia.

Menerusi sebuah video yang dimuatkan naik oleh Sultoni Irsyah di Youtube, memaparkan keadaan sebuah perkampungan yang sudah tidak berpenghuni serta sepi di tengah hutan. Namun begitu, dikatakan daerah yang dijumpainya itu adalah lokasi sebenar KKN Di Desa Penari yang sering menjadi buah mulut warganet.

Alami kesulitan nak sampai ke lokasi

Dalam pada itu, Sultoni mendedahkan bahawa dia mengalami kesulitan untuk tiba di lokasi berkenaan kerana terpaksa meredah laluan yang begitu sempit dan perlu melalui hutan.

Ketika tiba, dia mendakwa menjumpai beberapa orang penduduk sebelum menemui perkampungan yang sudah tidak berpenghuni dan bersemak-samun. Lebih menyeramkan lagi apabila tidak ada seorang pun yang tinggal di kawasan terbabit. Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan kerana pihak produksi tidak mendedahkan lokasi berkenaan.

Sekadar info, filem seram KKN Di Desa Penari mengisahkan enam orang pelajar yang ingin membuat kuliah kerja nyata (KKN) di sebuah perkampungan, namun mereka mulai diganggu dengan seorang ‘penari’ yang dikenali sebagai Badarawuhi kerana tidak menjaga tingkah laku semasa berada di kampung berkenaan.

Filem terbabit diterbitkan oleh MD Pictures yang dibintangi oleh Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha dan Kiki Narenda.

Lokasi sebenar Desa Penari?

Sumber : Tribun Style, Sultoni Irsyah

SKIP THIS AD ×