berita

Temui Tulang Kaki Di Taman, Guru Bunuh & Makan Daging Rakan ‘Online’

November 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang guru sekolah di Jerman telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki berusia 44 tahun. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak memakan daging mangsa.

Jumpa tulang manusia di taman

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, suspek yang dikenali dengan nama Stefan R dan mangsa, Stefan Trogisch telah berkenalan dalam satu forum sembang online ‘gay’. Setelah mengenali antara satu sama lain, kedua-dua mereka akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek yang berusia 41 tahun itu telah bertindak membunuh mangsa dengan memotong tubuh badan mangsa. Menurut sumber, rakan serumah mangsa telah melaporkan kehilangan mangsa sejak September yang lalu. Namun, misteri kehilangan Stefan T akhirnya terjawab selepas orang awam menemui tulang kaki manusia di sebuah taman pada 8 November yang lalu sebelum ujian DNA mengesahkan tulang itu adalah milik Stefan T.

Makan daging mangsa

Mangsa, Stefan Trogisch

Mereka kemudian melaporkan kepada pihak polis berhubung penemuan tersebut. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dengan membawa dua ekor anjing pengesan. Ekoran daripada itu, mereka telah melakukan pencarian dan dengan dipandu anjing pengesan, mereka akhirnya berjaya menjejaki sebuah apartment yang dihuni oleh suspek.

Pihak polis kemudian telah menggeledah rumah suspek dan akhirnya mereka menemui peti sejuk dengan kesan darah manusia dan gergaji tulang. Difahamkan, suspek yang juga merupakan guru matemik dan kimia itu dipercayai menghapuskan sebahagian anggota badan milik mangsa di dalam tandas. Bukan itu sahaja, suspek dipercayai telah memakan daging mangsa. Semasa siasatan dijalankan, pihak polis turut menemui bahan kimia pencuci seberat 25 kilogram di ruang penyimpanan minuman keras di kediaman terbabit.

Suspek ditahan pihak polis

Suspek, Stefan R

Apabila ditanya, suspek kononnya mengaku menggunakan bahan kimia tersebut untuk membuat sabun tetapi pihak polis tidak percaya. Malah mereka yakin bahawa bahan itu digunakan untuk merosakkan tubuh badan manusia. Sampel darah yang terdapat di rumah terbabit turut dihantar untuk tujuan forensik dan hasilnya menunjukkan darah tersebut adalah milik mangsa.

Berikutan daripada itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut. Difahamkan, pihak polis juga menemui sejarah pencarian suspek di internet mengenai kanibalisme dan suspek pernah mencari tentang sama ada seseorang akan bertahan untuk hidup sekiranya zakarnya telah dipotong. Hal ini jelas menunjukkan bahawa suspek memang mempunyai minat dalam jenayah kanibalisme.

Sumber: Daily Mail, Mirror UK

SKIP THIS AD ×