Sebut sahaja nama Athalia Deena Baswani pasti ramai mengenali gadis kecil molek ini yang sangat aktif membuat konten di aplikasi TikTok. Malah anak kepaada penyanyi Sharifah Zarina ini juga pernah dikecam gara-gara memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki bukan mahram di laman TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Sharifah Zarina Teman Anak Dara Pergi ‘Dating’, Siap Duduk Meja Sebelah
‘Tabahlah mak..’
Namun baru-baru ini, nama Athalia Deena Baswani kembali menjadi bualan hangat netizen selepasnya ibunya, Sharifah Zarina memuat naik satu video pendek di TikTok. Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan Zarina memasuki bilik tidur Athalia dan melihat anak gadisnya itu sedang ‘sleepcall’ bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.
Meskipun melihat anak gadisnya tidur nyenyak sambil membuat video bersama seorang lelaki, namun pelantun lagu Langit Ke-7 ini dilihat begitu tenang. Sementara di ruangan kapsyen, penyanyi berusia 41 tahun ini hanya menulis ringkas ‘Tabahlah mak!’.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan Zarina seorang ibu yang ‘sporting’. Tidak kurang juga ada di antara netizen sempat bersoloroh memaklumkan sekiranya mereka berada di tempat Athalia, sudah pasti akan dimarahi oleh ibu.
Video
‘Sporting ya parents macam ni’
Sumber: TikTok realsharifahzarina