berita

Tengah Cari Masa Yang Sesuai Nak Beli Kereta Ke Tu? Apa Kata Tengok Promosi Dari Honda Ni!

July 12th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Hujung tahun je mesti korang dah start plan nak bercuti dekat mana, pakej holiday mana yang paling best untuk anak-anak kan? Lepastu dah plan mesti lah korang kena pastikan kereta korang tip-top! Nak drive smooth je dan selesa. So korang kena lah servis kereta korang tu!

Kalau tak servis kereta, bahaya tau. Sebab tulah Honda nak kasi korang baucar servis percuma!

Beli kereta, dapat baucar servis kereta!

Kereta jenama Honda ni tak dinafikan memang menarik! Reka bentuk yang menarik, enjin mantap, seat dia kalau drive memang sangat selesa!

Admin minat betul kereta Honda Civic TypeR baru tu, fuhh merecik tengok. Lampu pun dah cantik! Paip ekzoz dia, ada 3 tau!

Ha! Apa lagi guys, tukar kereta lah tahun ni! Lagi-lagi sekarang ni kalau korang beli kereta Honda, korang dapat baucar servis kereta percuma atau pilihan tunai tau. Jadi tak payah nak serabut fikir macam mana nak servis dan berapa RM nak sediakan.

Guna baucar je! Tak pun, kalau lebih suka pilihan tunai, korang boleh lah guna wang tu untuk kurangkan downpayment!

Kereta Honda ni lain tau. Diorang reka kereta dengan prinsip “Man Maximum, Machine Minimum”. Kiranya praktikaliti dan keselesaan pengguna diutamakan! Bawak kereta balik kampung jauh-jauh pun selesa. Boot pun besar, nak letak 3 luggage pun muat. Wah, wahh.. nak bawak satu almari pun tak apa!

Semua model kereta ke atau kereta tertentu je?

Hampir semua kereta guys! Tapi, tempoh pembelian bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai je tau. Korang kena lah beli kereta time ada promosi ni, baru boleh dapat servis baucar atau pilihan tunai sehingga RM30,000 tu!! Lagi-lagi time dah 0% GST ni, memang berbaloi-baloi!

Nak tengok jumlah promosi Honda klik sini!

Time holiday ni, kita kenalah pandai berbelanja. Contohnya, beli barang masa promosi, atapun yang ada free gift. Baru best!

Apa istimewanya kereta jenama Honda ni?

  • Teknologi yang hebat tapi masih mampu milik

Betul tu, teknologi yang digunakan Honda Malaysia memang sangat sangat advance tapi jangan risau, harga yang ditawarkan masih boleh dimiliki! Contohnya, kereta Honda Jazz Hybrid yang canggih tu, harganya bawah RM81K tau! Cuba tengok tombol gear dia, futuristik kan?

Bukan tu je, kereta ni juga jimat minyak, 4 liter atau hanya dalam RM9 untuk 100km! Nak rasa dia pergi berdesup, korang boleh tukar ke setting sport mode! Ha, siapa kata kereta Hybrid bosan? Tak percaya, korang boleh cuba test drive dulu.

  • Enjin Turbocharged:

Honda sememangnya dikenali dengan enjin mereka yang hebat. Yang terbaru, enjin 1.5L VTEC Turbo dan antara kereta yang guna enjin ni ialah kereta Honda Civic. Top speed dia 200 km/j dan 0-100km/j hanya 8.2 saat!

Senang cerita Honda ni memang tip top dari enjin, ke reka bentuk luaran dan dalaman. Kalau malam-malam tu, tak payah tengok betul-betul, tengok lampu belakang je dah boleh cam tu kereta Honda Civic . Lagi best sebab enjin dia boleh start dari luar, dah macam kereta Knight-rider dah!!

Sesetengah model Honda dilengkapi dengan Honda SENSING, teknologi keselamatan terkini yang canggih!

Teknologi ini dapat membantu untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan menjadikan kereta ini lebih meyakinkan untuk dipandu. Contohnya, kereta ni akan brek secara automatik kalau ada kenderaan dihadapan atau kalau kereta korang terkeluar ke bahu jalan secara tidak sengaja. Power kan?!

Kadang-kadang kalau korang drive jauh sangat korang mesti letih dan mengantuk jadi sistem ini sangat-sangat membantu!

Ada lagi, untuk kemudahan traffic jem pula, kenderaan dengan Honda SENSING boleh bergerak dan berhenti dengan sendiri tanpa perlu tekan brek atau minyak! WOW! Canggih betul. Tak lengguh dah kaki korang lepas ni!

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Honda SENSING ni!

 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ni, korang boleh klik kat sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×