Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya masih mengulangi tabiat melanggan pelacur meskipun sudah berjanji untuk berubah.

Suami kantoi main pelacur

Menerusi hantaran tular di Threads, wanita itu berkata dia sedang hamil ketika perbuatan suaminya terbongkar buat kali pertama. Namun, selepas diberi peluang, lelaki berkenaan didakwa sekali lagi dikesan berada di lokasi pelacuran.

Aku tengah pregnant, husband aku dah kantoi main pelacur 3-4 kali. Time awal-awal kantoi dia janji nak berubah… aku pun bagi peluang sebab aku tengah pregnant. 

Lepas tu kantoi lagi 2 kali dekat location pelacur tu tapi dia mati-mati tak mengaku.

Dah 2 tahun kahwin

Menurut wanita itu, sepanjang dua tahun perkahwinan, suaminya seorang yang baik, namun sikapnya mula berubah sejak Disember tahun lalu.

Kami dah kahwin 2 tahun tapi start bulan 12 last year baru dia buat perangai macam ni dan start bulan 1 baru tahu aku pregnant.

Aku sedih sebab kami tunggu lama juga zuriat ni, tapi kenapa sekarang dia buat perangai.

Walaupun masih berharap suaminya berubah, dia mengakui sedang mencari kekuatan untuk meninggalkan perkahwinan tersebut demi dirinya dan anak dalam kandungan.

Jauh dalam sudut hati aku memang berharap dia berubah. Korang doakan aku dapat kekuatan untuk tinggalkan dia.

Menjengah ke ruangan komrn, rata-rata netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat wanita ini. Mereka juga mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: Threads