berita

Tengah Semangat Susun Jadual Sekolah, Sekali Tengok Buku Dah Kena ‘Kunyah’ Dengan Anai-Anai

January 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, sesi persekolahan secara bersemuka telah bermula sejak semalam (20 Januari 2021). Walaupun begitu, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja yang dibenarkan hadir ke sekolah. Oleh itu, sudah pasti ramai dalam kalangan pelajar sibuk membuat persiapan dari segi pakaian sekolah, buku-buku dan sebagainya.

Tetapi lain pula kisahnya kali ini apabila seorang remaja terkejut apabila melihat buku sekolahnya telah ‘rosak’ dimakan anai-anai. Dah lah sekolah nak mula, buku pula rosak. Mesti panik kan?

‘Kena kunyah dengan anai-anai’

Kisah itu dikongsikan oleh seorang remaja yang dikenali dengan nama Dinie Heqal di laman Twitter miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Dinie memberitahu kejadian itu hanya disedari sehari sebelum sesi persekolahan bermula iaitu ketika dia sedang mengemas buku-buku untuk dibawa ke sekolah. Semasa mengemas, dia terkejut apabila melihat beberapa buku sekolahnya telah rosak dek kerana dimakan anai-anai.

Terpaksa buang buku

Menerusi temu bual eksklusif bersama Team OHBULAN!, Dinie yang berusia 18 tahun ini memaklumkan terdapat beberapa buku latihan yang rosak antaranya buku subjek Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan kertas latihan Bahasa Inggeris.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Dinie yang bersekolah di SMK Sri Rahmat, Johor Bahru berkata buat sementara waktu, dia akan meminjam buku rakan sekolahnya untuk meneruskan sesi pembelajaran.

Saya terpaksa buang buku tu sebab buku tu dah setengah kena makan anai-anai. Tapi nasib baik cuma ada satu je buku pinjaman sekolah. Yang lain buku rujukan sendiri dan buku modul sahaja.

Semoga keadaan negara kembali pulih

Jelasnya, sepanjang sesi pembelajaran sebelum ini, guru telah memberikan latihan menggunakan Google Form. Oleh itu, dia hanya menggunakan Google sahaja untuk menyiapkan semua tugasan yang diberi. Tambah Dinie lagi, buku-buku tersebut juga jarang digunakannya memandangkan kelas telah berlangsung secara atas talian.

Saya cuma nak habiskan sekolah cepat dan habiskan SPM cepat.

Dalam pada itu, remaja ini yang masih menunggu peperiksaan SPM berharap agar keadaan pandemik Covid-19 segera berakhir supaya peperiksaan akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Sumber: Diniehql_

SKIP THIS AD ×